PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label Azli Paat. Show all posts
Showing posts with label Azli Paat. Show all posts

Wednesday, February 06, 2013

Pakar ICT Azli Paat Meninggal Dunia - Bernama



Azlipaat-apicta

KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012, Azli Paat meninggal dunia akibat demam panas di rumahnya di Bukit Segambut, di sini, malam ini.
Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun.
Anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada kira-kira jam 7 malam.
Katanya bapanya mengalami demam panas sejak semalam dan hanya mendapatkan rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya.
Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan.
Ahmad Naim berkata jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, pagi esok.
Azli adalah pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain. 
Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi.
Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24.
Penerbit Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata Allahyarham menjadi panel penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat bermula jam 7.30 pagi setiap hari.
Menurutnya, Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007. 
"Allahyarham seorang yang ceria, bijak dan merendah diri," katanya. 
Pada majlis Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) tahun lalu, allahyarham menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PakarICTAzliPaatmeninggaldunia/Art...
http://www.bernama.com/bernama/v6/newsgeneral.php?id=926624



Berita yang mungkin agak mendukacitakan untuk dunia teknologi tempatan, dimana hari ini, pakar IT dan juga kandungan mudah-alih tempatan, saudara Azli Paat meninggal dunia. Beliau telah membawakan pelbagai inovasi dalam dunia IT dan kandungan mudah-alih di Malaysia.
Bagi mereka yang tidak mengenali Azli Paat, beliau merupakan salah seorang usahawan yang telah membangunkan dan hadir dengan beberapa perkhidmatan memfokuskan kepada kandungan mudah-alih dan juga komuniti.
Salah satu yang popular, semestinya adalah DAPAT Vista yang terkenal dengan perkhidmatan permesejan SMS yang telah merevolusikan dunia kandungan berasaskan SMS di Malaysia. Syarikat tersebut kemudiannya telah diambil-alih oleh HeiTech Padu Berhad pada tahun 2010.
Selain DAPAT, Azli Paat juga merupakan pengasas perkhidmatan berasaskan komuniti, RAKANCOP, disamping merupakan ahli aktif dalam komuniti IT dan telekomunikasi di Malaysia. Salah satu perkhidmatan baru daripada beliau adalah ADACODE yang mana membolehkan kandungan dihantar ke emel atau SMS dengan hanya membuat panggilan miscall.

Adacode-01


Pelbagai anugerah telah diterima beliau sebelum ini, termasuk Prime Minister’s “Best of the Best” Award 2012 di MSC Malaysia APICTA 2012.


Bernama Radio24′s ICT dan Anda segment renowned speaker Azli Paat, is thought to have passed away in his sleep,around 7.30pm today
— BERNAMA Radio24 (@bernamaradio24) February 6, 2013


http://amanz.my/2013/02/azli-paat-meninggal-dunia/

KUALA LUMPUR – Berita sedih untuk pendengar setia segmen “Azli On Air: ICT  dan Anda” yang ke udara setiap pagi di Bernama Radio (FM93.9).

Pendengar stesen radio dikejutkan dengan berita kematian pakar teknologi maklumat  (IT) terkenal Dr Azli Paat telah meninggal dunia pada malam ini.

Dr Azli  dilaporkan meninggal dunia pada kira-kira 8 malam di rumahnya di Segambut.

Pengacara stesen radio dikenali sebagai Amar berkata menurut anak sulong mendiang, dia telah memberitahu bahawa dia berasa demam pada pagi tadi.

Difahamkan jenazahnya akan dibawa dan dikebumikan ke Batu Pahat, Johor esok.

Kematian Dr Azli merupakan kehilangan terutama kepada peminat yang mengikuti segmennya setiap pagi sejak lima tahun lalu.

Segmen ini membincangkan perihal ICT yang menyentuh tentang komputer, telefon bimbit, radio dan semua topik yang berkaitan ICT.

Azli merupakan Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah-Alih Malaysia serta Timbalan Presiden Dapat Vista yang mengasas sistem DAPAT bagi mengendali meja mengelolakan soalan dan aduan melalui sistem Rakancop.

http://news.abnxcess.com/bm/2013/02/pakar-it-dr-azli-paat-meninggal-dunia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pakar-it-dr-azli-paat-meninggal-dunia


Selain dari itu Azli Paat juga aktif dengan Aktiviti Ham Radio & Hamfest Malaysia

Azli-ham-radio




Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah. Semoga dia dirahmati dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sisiNYA.

http://www.azlipaat.com/
https://twitter.com/azlipaat/
https://www.facebook.com/azlipaat
https://www.youtube.com/user/azlipaat

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/