Sunday, May 01, 2022

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN 1443,

 


السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ 

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

Taqabbalallahu minna wa minkum.

Semoga Allah swt menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat keampunan & keredhaanNYA.

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Tulus ikhlas dari kami Seisi Keluarga.Ahmad Faizar Jaafar , Azizon Salleh, Faizah, Fazrin, Fairuz, Fariza, Muhamad Faiz & Farah Afifah

di sini saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Ramadan semoga kita dapat bertemu lagi di tahun Akan Datang, Aamiin Ya Rabbal Al'amiin

Doa Akhir Ramadhan

Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati² kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa² kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak² ke syurga untuk kami.

Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Ya Mujibbasailin.
Limpahilah kami dengan sifat² kebaikan dan terpuji.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa² kami.. 

Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni 3x

Aamiinn3x ya rabbal'aalamiin!!!.


Walaubagimanapun Alhamdulilah akhirnya tahun ini 2022 kita dapat berpuasa, bersolat tarawikh disurau dan dimasjid serta merayakan aidil fitri seperti biasa setelah sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2020 dan 2021 sebelum ini dalam kesuraman dimana negara kita, malah seluruh dunia juga, dilanda pandemik COVID-19 yang bermula pada bulan Januari 2020.

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/