Sunday, July 18, 2021

Salam Aidiladha 144lH/2021M

 


الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله . والله أكبر ، الله أكبر ، ولله الحمد .

Salam Aidul Adha Maaf Zahir Batin

Saya dengan besar hati ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga dengan kehadiran Hari Raya Qurban ini dapat memberikan kita makna dan menghayati pengorbanan dalam kehidupan kita sebagaimana dirakamkan di dalam Al-Quran, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Pengorbanan menjadi ujian kepada umat manusia, sejarah menunjukan mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu Wataala yang menjadikan, yang memberi rezeki dan segala kurniaan yang tidak terkira banyaknya.

Terlalu pantas masa berlalu, Sedar tak sedar, 10 tahun telah berlalu permergian saya  ke tanah suci Mekah untuk menjadi tatamu ALLAH menunaikan Haji bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima. alhmdulilah saya telah selamat menunaikan fardu haji pada tahun 2011 yang lalu bersama-sama isteri.


Salam Aidil Adha 1432H / 2011 M ~ ahmadfaizar.blog

Semoga Allah SWT melindungi rakyat Malaysia daripada jangkitan wabak COVID-19. Kepada semua petugas barisan hadapan, bersabarlah & Beristiqamah melaksanakan amanah & tanggungjawab kita bersama, sesungguhnya ini adalah satu pengorbanan .

Tahun ini adalah tahun pengorbanan bagi semua. Bersempena Hari Raya Aidil Adha, marilah kita kekal kuat meneruskan perjuangan melawan Covid-19.

Pada tahun ini merupkan tahun kedua Kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan jemaah dari luar menunuaikan haji di Mekah (kecuali yang telah berada di Saudi)  disebabkan pendemik Covid-19.

Susulan ancaman wabak itu, bilangan jemaah tahun ini turut dikurangkan, dengan hanya penduduk yang sudah menerima suntikan imunisasi lengkap boleh memohon dan diberi kebenaran untuk menunaikan haji.

Oleh itu seramai 263 rakyat Malaysia yang telah sedia barada di Arab Saudi layak menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Tahun lepas hanya lapan orang rakyat Malaysia di negara itu yang dapat menunaikan haji.

Meskipun Arab Saudi melaksanakan langkah kawalan yang ketat, pergerakan jemaah haji ke Bukit Arafah pagi tadi tetap berjalan lancar selepas berkumpul di Mina untuk Tarwiyah pada hari kelapan Zulhijjah.
Di masjid Namirah, jemaah akan jamak dan qasar solat Zohor serta Asar termasuk menghadiri khutbah haji.

Selepas matahari terbenam, jemaah haji akan bermalam di Muzdalifah dan mereka kemudiannya akan menunaikan solat Maghrib, diikuti Isyak secara jamak pada sebelah malam.

Selepas menghabiskan sekitar 12 jam berwukuf di padang Arafah semalam, kira-kira 60,000 jemaah haji sahaja mengunjungi Muzdalifah sebagai persiapan untuk peringkat akhir haji tahun ini.

Beberapa minit selepas matahari terbenam pada hari kesembilan Zulhijjah, jemaah haji mula bergerak ke dataran Muzdalifah, untuk menyempurnakan solat Maghrib dan Isyak.

Pengangkutan bas, masing-masing membawa 20 jemaah tiba di Muzdalifah. Di setiap bas terdapat panduan yang perlu diikuti jemaah bagi memastikan mereka menjaga penjarakan sosial.

Bas diiringi pasukan keselamatan dan bergerak mengikut selang waktu yang ditetapkan bagi memastikan aliran lalu lintas lancar.

Di Muzdalifah, jemaah mengumpul batu kerikil untuk menyempurnakan ibadah melontar jamrah di Mina. Hari pertama di Mina adalah tanggal 10 Zulhijjah, menandakan hari pertama bagi sambutan Aidiladha.

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah memberitahu saluran TV Al-Ekhbariya, tiada kes COVID-19 dikesan dalam kalangan jemaah haji setakat ini.

"Terdapat beberapa kes kecil kerana keletihan fizikal, namun jemaah dibenar keluar hospital sejurus mereka mendapatkan rawatan yang diperlukan," katanya.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr Abdul-Fattah Mashat, berkata semua jemaah dibawa dari Mina ke Arafah dalam perjalanan selama tiga jam dengan lebih 1,700 bas membawa jemaah dari Arafah ke Muzdalifah.

"Selepas matahari terbenam, jemaah mulai menaiki bas yang sudah bersiap sedia," katanya. Jemaah bergerak dari Muzdalifah ke Mina, bermula dari tengah malam Isnin.

"Bas-bas ini akan membawa mereka ke kem di Mina, di mana mereka akan bergerak ke kawasan Jamrah. Di sana, mereka disediakan tiga tingkat pembinaan di jamrah untuk melontar batu.

"Kami sudah membahagikan jemaah kepada kumpulan mengikut warna. Setiap kumpulan akan melemparkan (batu) dari lantai yang sudah ditentukan dan dari tempat tertentu untuk mengelak jemaah berkumpul," katanya.

Mashat memuji jemaah kerana mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) dan mengikuti arahan pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial. - AGENSI

Sumber  BH Julai 20, 2021 @ 9:11am  https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/07/841269/jemaah-haji-tiba-di-muzdalifah-selepas-berwukuf-di-arafah

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/