Wednesday, April 15, 2020

Puisi : Terlena Oleh Pak Hamka






TERLENA

Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena

Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi.

Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar..

Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan.

Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan.

Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?

Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua.

Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat....

Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat.

Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?

Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku.

Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?

Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?

Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena.


Puisi Terlena oleh : Pak Hamka - Al Marhum Prof Hamka
( Haji Abdul Malik Karim Amrullah)
Pujangga Nusantara
Disampaikan oleh :
Ustadzah Norhafizah Musa
Hayati dan sebarkan

Puisi Terlena oleh : Pak Hamka Disampaikan oleh : Ustadzah Norhafizah Musa
https://youtu.be/G4BZFkebYQQ

Puisi Terlena oleh : Pak Hamka Disampaikan oleh Yusof Kamal https://youtu.be/J_EcDKB6sg4


Related Posts:

  • Keperluan Penting Sebelum Ke Beijing Sebelum  Ke Beijing, Apa Yang Diperlukan? Keperluan asas yang wajib kita bersedia sebelum ke Beijing adalah merangkumi perkara yang perlu jika kita mahu keluar negara terutama jika kita ke tempat yang mempunyai 4 musim… Read More
  • Kenangan Ramadhan - Jual Air Batu Bersalut Habuk Papan Pada suatu masa dahulu orang kampung kebanyakannya tidak mempunyai peti sejuk di rumah terutama bagai  kawasan yang tiada elektrik lagi. Jika ada elektrik pun hanya orang yang berada saja mampu untuk membeli peti sej… Read More
  • Bangsa Membaca Bangsa Berjaya BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA Susana di National Library of China Tidak hairan jika mereka jadi Bangsa Yang Berjaya kerana kerana Bangsa Membaca Bangsa Berjaya https://bit.ly/2JDe0f8 Budaya membaca di China tak kira u… Read More
  • The most beautiful new libraries in the US The most beautiful new libraries in the US Laurel Branch Library, designed by Grimm + Parker Architects, Largo, Maryland. - Courtesy of the AIA Courtesy of the AIA Pico Branch Library, designed by Koning Eizenber… Read More
  • Ways to Use Blockchain in Libraries What is blockchain? The short explanation: It’s a network-based tool for storing information securely and permanently. The information in a blockchain can be authenticated by members of the public, but the information … Read More

1 comments:

monyet said...


main poker dengan banyak penghasilan
ayo segera hubungi kami
WA : +855969190856

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/