Keperluan asas yang wajib kita bersedia sebelum ke Beijing adalah merangkumi perkara yang perlu jika kita mahu keluar negara terutama jika kita ke tempat yang mempunyai 4 musim.
Antara keperluan-keperluan tersebut adalah :
Passport
Visa
Tiket Penerbangan
Pertukaran Matawang
Insurans
VPN
Pakaian & Ubatan
Keperluan eletronik
Tandas
Bahasa & Makanan Halal
Passport Malaysia
Untuk keluar dari Malaysia, benda wajib yang perlu adalah passport yang sah untuk tempoh 6 bulan akan datang.
Jika ke Beijing adalah trip pertama , maka kita perlu buat passport Malaysia di Jabatan Imigresen. Sekarang, dengan wujudnya UTC, kita boleh ke UTC untuk membuat passport.
Apa yang perlu dibawa dan dibuat semasa memohon passport? Ikuti langkah di bawah :
Bawa kad pengenalan asli
Jika pemohon berusia bawah 18 tahun, bawa sijil kelahiran asli dengan kehadiran ibu
Ambil nombor giliran (inform staf nombor nak buat passport kali pertama)
Isi borang yang diberikan menggunakan pen hitam
Apabila nombor giliran dipanggil, terus ke kaunter yang memanggil
Untuk perempuan, pakai tudung warna hitam
Jika berkaca mata, anda akan diminta untuk membukanya
Anda akan diberi arahan untuk mengambil gambar untuk passport anda
Semak kembali butiran dalam borang
Tandatangan borang
Tunggu nama dipanggil untuk pembayaran
Bayar dan tunggu passport siap
Berapa kadar bayaran passport?
Tempoh sah passport adalah selama 5 tahun dengan kadar bayaran :
Pemohon yang berusia 13 – 59 tahun : RM200
Warga emas yang berusia 60 tahun ke atas : RM100
Kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah : RM100
Jemaah haji : RM100
OKU : Percuma
Bagi mereka yang mahu Renew Passport, anda boleh lakukan melalui online. MYonline Passport merupakan salah satu inisiatif kerajaan Malaysia kepada warganegara untuk memohon pembaharuan Passport Malaysia.
Kaedah bayaran permohonan pembaharuan passport adalah menggunakan kad kredit atau debit melalui platform FPX.
Pemohon boleh dapatkan passport baru di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan waktu pengambilan passport akan diberitahu oleh sistem.
Pembaharuan Passport Malaysia boleh dilakukan melalui LINK INI.
Untuk melancong ke Beijing, Visa China diperlukan. Untuk memohon visa, terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan.
Mohon Melalui Ejen
Mohon Visa ke China melalui ejen adalah antara cara yang paling senang. Ia kerana anda tidak perlu ke Kuala Lumpur hanya untuk memohon visa di Chinese Visa Application Service Centre. Cuma apa bila anda menggunakan servis ejen, pastikan ejen tersebut merupakan ejen yang sah untuk mengendalikan proses pembuatan visa. Elakkan daripada tertipu dengan harga ejen yang terlalu murah kerana ia mungkin adalah penipuan.
Pergi ke Chinese Visa Application Service Centre
Anda boleh pergi sendiri ke Chinese Visa Application Service Centre di Kuala Lumpur untuk memohon visa ke China. Apa yang mesti disediakan adalah :
Sekeping gambar berukuran gambar passport
Passport asal dan sah untuk 6 bulan akan datang
Salinan muka depan passport
Salinan tiket penerbangan ke China
Sertakan alamat hotel yang ditempah
Pilih sama ada single entery atau double entry
Waktu yang diperlukan untuk siap adalah selama 4 hari.
Tiket Penerbangan
Pastikan anda beli tiket sebelum memohon visa kerana ia akan memudahkan urusan permohonan visa nanti.
Tiket penerbangan, jika anda mencari tiket murah, semestinya anda wajib semak tiket AirAsia. Jika anda tidak berkira dengan harga tiket penerbangan, maka syarikat penerbangan yang kami galakkan selain daripada AirAsia adalah Malaysia Airlines (MAS) dan Cathay Pacific.
Tiket penerbangan boleh dibeli terus daripada laman web mereka (klik pada nama) :
Ingat, pastikan anda daftar sebagai member untuk kumpul point untuk anda gunakan untuk masa akan datang.
Anda juga boleh beli tiket daripada syarikat travel agency.
Lapangan Terbang Beijing akan menjadi pilihan anda jika mahu melancong ke Beijing. Kod Beijing Capital International Airport iala BJS atau PEK.
Hotel & Penginapan
Pastikan anda sudah menempah hotel atau hostel sebelum ke sana sebelum memohon visa. Kadar hotel dan hostel di sana tidaklah terlalu mahal jika anda mahu mencari dengan harga yang murah.
Insuran
Pastikan anda mempunyai insuran sebelum travel ke luar negara bagi memastikan anda sentiasa dilindungi semasa di sana.
Matawang China dipanggil Renminbi atau Yuan. Anda boleh semak berapa nilai tukaran MYR-CNY di website XE Currency Converter.
Sebelum anda melancong ke Beijing, tukar wang anda di pengurup wang di Malaysia. Elakkan membawa ringgit ke sana kerana tiada tukaran matawang MYR-CNY dibuat di sana termasuklah di bank.
Kami galakkan anda untuk tukar wang di pengurup wang selain di lapangan terbang kerana caj yang dikenakan di lapangan terbang lebih tinggi berbanding di tempat lain.
Berapa banyak kena bawa? Terpulang kepada anda. Tengok pada keperluan tiket masuk ke tempat berbayar, pengangkutan awam, shopping dan backup.
Biasanya kami syorkan RM1,500 untuk semua sekali.
VPN Untuk Akses Internet
Jika anda perlu menggunakan laman web atau app seperti Google, Facebook, Instagram, Youtube, Twitter, Blogspot dan lain-lain laman web yang diblok di China, maka anda perlukan VPN.
Apa itu VPN? VPN (Virtual Private Network) merupakan satu software atau app yang digunakan untuk menjadi topeng kepada IP Address anda melihatkan ia seperti diakses dari negara lain.
VPN membenarkan anda untuk melepasi firewall dan akses ke website yang diblok. Pemilihan VPN yang betul sangat penting untuk mengelakkan anda daripada membayar VPN yang tidak boleh digunakan atau sangat terhad.
Jika anda mahu upload gambar bercuti ke Beijing di Facebook, Instagram atau Twitter pastikan anda sudah bersedia dengan VPN. Dengan pakej Muslim Beijing kami, kami menyediakan VPN percuma untuk anda.
Beijing merupakan kawasan 4 musim. Pada musim sejuk, suhu paling rendah adalah sekitar -20 darjah celcius. Pada musim panas, suhu paling tinggi adalah sekitar 40 darjah celcius. Musim bunga dan luruh, suhu adalah pada sekitar 15-25 darjah celcius.
Pastikan anda semak dahulu semasa anda ke sana, apakah musim yang bakal anda alami. Berapa suhu setiap hari dan bagaimanakah cuaca di sana.
Musim sejuk, pastikan anda bawa :
Baju sejuk
Long John
Stokin tebal
Musim panas, pastikan anda bawa pakaian nipis
Udara di Beijing sangat kering dan berdebu. Pastikan anda bawa losyen untuk melembapkan kulit dan bawa sekali lip balm untuk bibir kering.
Ubat-ubatan asas wajib dibawa. Jika anda jatuh sakit di sana, pastikan anda berehat sepenuhnya sebelum keluar.
Jika anda bawa toileteries, pastikan semua toileteris yang berbentuk cecair disimpan dalam beg yang dimasukkan ke dalam kargo. Elakkan membawa cecair ke dalam kabin.
Peralatan Eletronik
Plug di China berbeza dengan plug di Malaysia. Jadi untuk anda menggunakan eletrik, sila bawa adapter yang membolehkan anda menggunakan perkakas eletronik anda.
Tandas Di China
Peringatan awal! Jangan terkejut dengan tandas yang kotor, tanda yang tiada pintu, tandas boleh nampak orang sebelah, tandas boleh nampak tahi orang lain dan sebagainya. Ini merupakan perkara yang tak berapa best semasa bercuti ke Beijing tapi ini pengalaman yang cukup menarik.
Jika anda seorang penggeli, pastikan anda selesaikan hajat di bilik hotel secukupnya sebelum keluar berjalan.
Di sana, tandas tidak menyediakan air mahupun tisu, jadi pastikan anda bawa tisu dan penyembur air sendiri.
Bahasa yang digunakan di Beijing adalah Bahasa Mandarin. Anda boleh dapatkan buku frasa Bahasa Mandarin bagi memudahkan trip anda semasa di sana atau install app di telefon pintar anda.
Makanan halal di Beijing mudah untuk ditemui kerana jumlah muslim di sana sangat tinggi termasuklah masjid. Perkataan halal dalam bahasa Mandarin adalah 清真 (Qīng zhēn) dan biasanya anda boleh lihat, ada logo yang berwarna hijau dengan perkataan tersebut. Menandakan restoran mereka menyediakan makanan halal.
Bercuti ke Beijing, makanan halal tidak susah untuk dicari dan sebenarnya jika anda mengambil pakej Muslim Beijing, makanan yang disediakan dijamin halal dan bersih.
Lawatan Kerja ke China
Lawatan Kerja ke China 10 -16 April 2018
10 April 2018 (Selasa)
6.00 ptg bertolak dari KLIA Terminal M MH360 ke Beijing Capital International Airport Gate C 16
12.20 pagi tiba di Beijing Capital International Airport …Read More
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA
Susana di National Library of China
Tidak hairan jika mereka jadi Bangsa Yang Berjaya kerana kerana Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
https://bit.ly/2JDe0f8
Budaya membaca di China tak kira u…Read More
Keperluan Penting Sebelum Ke Beijing
Sebelum Ke Beijing, Apa Yang Diperlukan?
Keperluan asas yang wajib kita bersedia sebelum ke Beijing adalah merangkumi perkara yang perlu jika kita mahu keluar negara terutama jika kita ke tempat yang mempunyai 4 musim…Read More
Lawatan kerja ke China : Tentatif LawatanSalam, Jika tiada aral melintang kami team PTAR akan mengadakan lawatan kerja ke Beijing (Peking) China selama 5 hari 6 malam iaitu dari 10 April 2018 (Selasa) hingga 16 April 2018 (Isnin) . Te…Read More
First 24-Hour Staffless Bookstore Opens in Beijing
Latenight shoppers looking with a need to buy books will have their very specific conditions met in Beijing as 20 new staffless bookstores that will operate 24 hours a day are expected to open throughout …Read More
0 comments:
Post a Comment