Thursday, July 24, 2014

Alangkah beruntungnya jika Lailatul Qadar Malam Jumaat - Fadhilat Berganda





بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ



Dalam pencarian Lailatul Qadar, maka malam ini kita akan bertemu dengan malam Jumaat yang dimuliakan di mana sesetengah ulama berpendapat sekiranya ianya bertembung dengan 27 Ramadhan akan berlakunya Lailatul Qadar. Marilah kita mengingkatkan amalan terutamanya berqimullail yang sudah pasti fadhilat dan kelebihannya berganda-ganda.

Lailatul Qadar adalah malam diturunkan Al-Quran dari Lauhil Mahfudh ke langit dunia, turunnya para malaikat serta melimpahnya rahmat dan keampunan Allah سبحانه وتعالى kepada hamba-Nya. Sebagaimana Allah سبحانه وتعالى  jelaskan dalam Surah Al-Qadar. Sebahagian ulama berpendapat bahawa pada malam tersebut Allah mempermaklumkan kepada para malaikat tentang perjalanan hidup hamba selama setahun dan atau Lailatul Qadar adalah malam yang sempit, kerana pada malam tersebut turun semua malaikat menghadapi alam raya ini.
Dinamakan Lailatul Qadar kerana pada malam itu malaikat diperintahkan oleh Allah سبحانه وتعالى   untuk menuliskan ‘qodr’ (ketetapan) mengenai kebaikan, rezeki dan keberkatan di tahun ini, sebagaimana firman Allah سبحانه وتعالى  :

 إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةٍ مُّبَـٰرَكَةٍۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ ﴿٣﴾ فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ ﴿٤﴾ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَآۚ إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ ﴿٥

“Sesungguhnya KAMI menurunkannya pada suatu malam yang diberkati; Dan sesungguhnya KAMI-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (yaitu) urusan yang besar dari sisi KAMI. Sesungguhnya KAMI adalah yang mengutus rasul-rasul.” (Surah Ad Dukhan: Ayat 3 – 5)
.
Al Qurthubi mengatakan bahawa pada malam itu pula para malaikat turun dari setiap langit dan dari sidrotul muntaha ke bumi dan mengaminkan doa-doa yang diucapkan manusia hingga terbit fajar. Para malaikat dan Jibril as turun dengan membawa rahmat atas perintah Allah سبحانه وتعالى   juga membawa setiap urusan yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di tahun itu hingga yang akan datang. Lailatul Qadar adalah malam kesejahteraan dan kebaikan seluruhnya tanpa ada keburukan hingga terbit fajar, sebagaimana firman-Nya:

 تَنَزَّلُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ ﴿٥

“Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadr, Ayat 4 – 5.)
.
Dalam hadis lain, diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Carilah malam qadar di sepuluh yang akhir dan carilah malam qadar pada tiap-tiap malam yang ganjil.” Kemudian ulama berbeza pendapat tentang malam ganjil yang merupakan malam qadar .
Diceritakan dari Ubay bin Ka’ab dan Abdullah Ibn ‘Abbas bahawa Malam Qadar terjadi pada malam 27 Ramadhan. Ubai bersumpah atas nama Allah bahawa Malam Qadar terjadi pada malam 27 Ramadhan, apa tandanya beliau berkata demikian? Beliau menjawab, Rasulullah menjelaskan bahawa matahari tidak bersinar dan saya mendapatkan matahari tidak bersinar pada waktu Subuh 27 Ramadhan.
Sedangkan Ibn Abbas mengambil dalil dari anggaran kalimat yang terdapat dalam Surah Al-Qadar berjumlah 30 kalimat sesuai dengan jumlah hari dalam sebulan dan ia mendapat isyarat dari firman Allah tersebut, terletak pada hujung kalimat yang ke-27. Jadi, Ibn Abbas berkesimpulan bahawa Malam Qadar terdapat pada malam ke-27 Ramadhan.


Terhimpun 7 Pencarian Dan Kemuliaan Dalam Satu Malam

.
  1. Kemuliaan Bulan Ramadhan .
Melakukan Solat Tarawih dan Tahajjud di malamnya. Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. (متفق عليه.)
“Sesiapa melakukan solat malam pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Muttafaq alaih).
Sebuah lagi hadis menyebut :-
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
“Adalah Nabi  beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam Al-Qadar darinya (malam-malam ramadhan).” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
.
.
  1. Kemuliaan Malam Jumaat.
Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir Radhiyallahu Anhu berkata, Rasulullah ﷺ berkata, “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah سبحانه وتعالى  , di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (HR. Ahmad)
.
.
  1. Kemuliaan 10 Malam Terakhir Ramadhan .
Kebanyakan ulama sepakat bahawa Lailatul Qadar terdapat pada sepuluh yang terakhir dari bulan Ramadhan, berdasarkan hadis riwayat Abi Zar Al-Giffari, seraya berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah ﷺ; Apakah diangkatkan malam qadar beserta para Nabi atau malam qadar masih ada hingga hari kiamat? Rasul menjawab; Malam qadar masih ada hingga hari kiamat. Lalu saya bertanya lagi; Apakah ia dalam bulan Ramadhan atau bukan? Rasul menjawab; Ia di bulan Ramadhan. Lalu saya bertanya lagi; Apakah ia di sepulah awal, sepuluh pertengahan, atau di sepuluh yang akhir? Baginda menjawab: Ia berada di sepuluh terakhir.”
.
Rasulullah ﷺ bersabda:
وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ القَدْرِ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ( متفق عليه.)
“Sesiapa melakukan solat di malam Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Muttafaq alaih).
.
.
  1. Malam Ganjil Ramadhan .
Rasulullah ﷺ bersabda:
عَنْ عَائِشَةَ رع قَالَتْ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص م تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي اْلأَوْتَارِ مِنَ الْعَشْرِ اْلأَ وَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ (رواه البخاري
Dari Aisyah ra ia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan.” (HR.Bukhari)
.
.
  1. Pada 7 Malam Terakhir Ramadhan.
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ ص م أَرَى رُؤْيَاكُمْ قَدْ تَوَاطَأَتْ فِي السَّبْعِ اْلأَ وَاخِرِ فَمَنْ كَانَ مُتَحَرِّيًا فَلْيَتَحَرَّهَا فِي السَّبْعِ اْلأَ وَاخِرِ (متفق عليه)
Dari Ibnu Umar ia berkata, Nabi ﷺ berkata, “Aku melihat mimpimu telah menepati dengan Lailatul Qadar pada 7 hari yang terakhir, maka sesiapa sahaja yang mencarinya carilah pada 7 hari yang terakhir.” (mutafaqun `alaihi)
 .
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رع عَنِ النَّبِيِّ ص م اِلْتَمِسُوْهَا فِي الْعَشْرِ اْلأَ وَاخِرِ فَإِنْ ضَعُفَ أَحَدُكُمْ عَجَزَ فَلاَ يَخْلِبَنَّ عَلَى السَّبْعِ اْلأَ وَاخِرِ/ الْبَوَاقِي (رواه مسلم
Dari Ibnu Umar lagi bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Carilah ia di sepuluh malam terakhir. Jika salah seorang kamu lemah atau tidak mampu maka janganlah sekali-kali tewas di tujuh malam terakhir.” (HR. Muslim, Ahmad dan At-Thayalisi)
.
.
  1. Malam 27 Ramadhan .
عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ ص م يَقُوْلُ : لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ سَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ
Dari ubai bin ka`ab ia berkata, aku mendengar Rasulullah ﷺ berkata, “Lailatul Qadar ada dalam malam ke 27.”
.
.
  1. Kemuliaan Lailatul Qadar .
Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’anul Karim dan pada malam itu juga dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.
Firman Allah سبحانه وتعالى  .:

إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣﴾ تَنَزَّلُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ ﴿٥

“Sesungguhnya Kami turunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Dan apakah kamu mengetahui mengenai malam al-Qadr? Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Diturunkan malaikat dan roh padanya dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar.”  (Surah Al-Qadr, Ayat 1 – 5).
.
Pada malam tersebut Allah سبحانه وتعالى  .menentukan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur, sakit atau sihatnya seseorang dan ajal manusia untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun hadapan.
Firman Allah سبحانه وتعالى  .:

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ ﴿٤

“Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.”(Surah Al-Dukhan : Ayat 4)
.
..

Gajaran Istimewa

.
Bonus-bonus khusus untuk mereka yang beriman dan beramal soleh. .
Rahmat Allah سبحانه وتعالى   turun kepada umat Nabi Muhammad ﷺ yang mengurniakan kelebihan suatu malam untuk mendapatkan ampunan dan pahala ibadat umpama 1,000 bulan, bersamaan dengan 83 tahun tiga bulan.  Pada malam itu Allah سبحانه وتعالى   mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan dan mencari suara hamba-Nya yang merintih, meminta dan mengharap.


Sabda Baginda ﷺ: “Allah turun ke langit dunia saat sepertiga malam terakhir, Allah menyeru: Adakah antara hamba-Ku yang meminta kepada-Ku supaya Aku memberinya? Adakah antara hamba-Ku yang meminta ampunan-Ku supaya Aku mengampuninya? Adakah antara hamba-Ku yang berdoa supaya Aku memakbulkannya?” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Gandaan pahala melakukan ibadah pada malam ini dikatakan mempunyai nilai lebih 29,500 kali ganda. Maka ianya boleh dijadikan perangsang kepada umat mukmin bagi melipat-gandakan amal ibadat pada malam-malam akhir Ramadan al-Mubarak.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى   : “Mereka itulah sebaik-baik makhluk atas muka bumi ini. Bagi mereka ganjaran syurga yang mengalir dibawahnya anak-anak sungai, mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Allah meredhai mereka dan mereka meredhai Allah سبحانه وتعالى  . Hal yang demikian berlaku kerana mereka takutkan Allah سبحانه وتعالى  .” (al-Bayyinah, ayat 7-8)

.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar).


Walau apa pun Hanya Allah Maha Mengetahui,  kita hanya berusaha dan bertawakal semoga doa kita diperkenankan , dosa2 kita diampunkan dan diberikan ganjaran sebagaiamana yang dijanjikan.. Aamin

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه



0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/