PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Wednesday, September 27, 2017

"4th Industrial Revolution & Library 4.0 : Where Are We?

 

Pada 25 hingga 27 September 2017 yang lalu saya terlibat dengan Seminar 4th Industrial Revolution And Library 4.0:  Where Are We? bertempat di Institute of Leadership & Development (ILD) UiTM,Bandar Enstek , Nilai , Negeri Sembilan.

Saya terlibat sebagai AJK dan juga Peceramah Selingan, haa..haa...selingan je berkongsi maklumat berkaitan dengan Teknologi yang ada di Perpustakaan didunia pada masa kini dengan tajuk ceramah saya Techno-Update Sharing Session pada sesi ke 4 sebelah malam. 


Sesi 4: Techno-Update Sharing Session. Penceramah: Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar, Pustakawan Kanan, PTAR.
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm/posts/1248770208603169

more foto slide https://www.facebook.com/ahmadfaizar/posts/10155653977384043


Terdapat ramai penceramah yang berkaliber disebelah siang memberikan ceramah & berkongsi pendapat iaitu terdiri dari :

Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak
Pengerusi Lembaga Pengarah USIM

Prof Dato’ Dr Mohamed Amin Embi
Chief Information Officer/Director
Pusat Pengajaran & Teknologi Pembelajaran
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Dr. Zulhasni bin Abdul Rahim
National TRIZ Innovation & Industry Expert
Malaysian-Japan International Institute of Technology (MJIT)

Tuan Haji Mohd Ariffin bin Adimin
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Pn. Normaya Nordin
Ketua Penolong Pengarah
Unit Khas TN50 & Civil Service Delivery Unit(CSDU)

Secara keseluruhannya seminar ni boleh dirumuskan seperti berikut: 

1.Revolusi Industri 4.0 melibatkan teknologi terkini memberi cabaran dan membawa  pembaharuan kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing. Perubahan perlu berjalan serentak di semua Perpustakan bagi mencapai Visi dan Misi UiTM melalui Perancangan Strategi PTAR untuk mencapai sasaran UiTM sebagai Universiti Unggul.

2.Pembentukan dan perubahan terhadap Perancangan Strategi bagi pelaksanaan di semua perpustakaan dengan tumpuan kepada perlaksanaan dan pemantauan Happiness Indeks bagi mengukur kadar kegirangan pelanggan. Mengadakan sesi penyelarasan dan perbincangan yang lebih kerap di seluruh cawangan agar bergerak seiring dengan strategi dan inisiatif PUiTM.

3.Peranan Pustakawan akan menghadapi perubahan pada masa akan datang sebagai contoh pustakawan mesti mempunyai keupayaan menganalisa data untuk menjadi maklumat lebih bermakna. PUiTM mesti menilai semula tugas/peranan Pustakawan untuk menghadidapi cabaran masa depan.

4.Merekabentuk semula perkhidmatan perpustakaan merangkumi kehendak utama pelanggan. Penubuhan Bahagian baharu dan membangunkan skillset pustakawan untuk menyokong konsep 3A (Anyone, Anytime, Anywhere) dan memastikan profesion ini penting dan masih diperlukan/releven. Pemerkasaan bakat – diversity of skills, in different industries dan peranan dan sumbangan.
5.Hala tuju Transformasi Nasional 2050 (TN50) adalah satu usaha untuk memacu Malaysia menjadi negara yang progresif  melalui pendekatan kolektif (bottom up approach) dengan menyasarkan untuk menjadi antara 20 negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

6.Perpustakaan dan pustakawan berperanan sebagai agen perubahan untuk menjayakan Transformasi Nasional 50 (TN50) melalui meningkatkan kesedaran semua staf dan pengguna terhadap Fokus Inspirasi / Asprisi TN50

7.Revolusi Industri 4.0 dapat mengatasi masalah kebergantungan terhadap sumber tenaga yang secara signifikan akan mengubah masa depan dunia pekerjaan. Manusia dan teknologi saling memerlukan bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan terbaik, sebagai contoh pustakawan boleh menjadi SME (Subject Matter Expert) yang diperlukan bagi mengumpul dan menganalisis data menjadikan maklumat lebih bermakna.

8.IR4.0 dan Library 4.0 memerlukan strategi dan perancangan yang betul melalui Staf yang berkemahiran (Manpower),Sistem (System), Prosess / Prosedur Organisasi (Processes) dan Peralatan (Equipment)

9.Library 4.0 Transformation Model:
•Envision
•Enable
•Enact

10.Data Raya (Big Data) merupakan satu ledakan informasi yang seiring dengan pertumbuhan Revolusi Industri 4.0. Pelbagai jenis data-data berstruktur dan tidak berstruktur menyokong pertumbuhan Data Raya yang besar, pelbagai, tidak terbatas dan bernilai (volume, variety, velocity, value). Perkembangan fenomena Data Raya dan ketersediaan teknologi telah mendorong pertumbuhan inovasi baru dan membuka ruang bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan

11.Inisiatif Data Raya Sektor Awam - Mengtrasformasi perkhidmatan awam untuk produktiviti – meningkatkan outcome dan mengurangkan kos.

12.Revolusi Industri 4.0, dalam ekosistem pendidikan tinggi perlu menyokong dan dibangunkan selari dengan ledakan Internet of Things (IoT) dalam semua aspek kehidupan harian. Faktor nilai dan kemanusiaan tidak harus dilupakan dan ia perlu diadaptasi mengikut arus dan kesesuaian masa dan keadaan.

13.PUiTM perlu bergerak seiring dengan perubahan global dengan menggunakan aplikasi terkini seperti penggunaan QR Code Cloud, VR, AR dalam perpustakaan UiTM

14.Revolusi Insan perlu bergerak seiring dengan IR4.0 bagi membangunkan insan yang harmoni dan sejahtera.

15.Kefahaman berkenaan IR perlu dimulakan dengan memahami sejarah IR.

16.Cabaran dan peranan setiap individu untuk membangunkan insan yang harmoni dan sejahtera bagi menghadapi cabaran IR4.0

17.Cadangan YBhg. Dato’ berkenaan MOOC’s :
•Perpustakaan boleh bina MOOC’s yang melibatkan seluruh cawangan.
•Untuk generasi Z, boleh buat kursus dalam bentuk mobile.

18.Langkah-langkah penyediaan MOOC’s Perpustakaan:
•Pilih sama ada sediakan video atau animasi
•Kandungan kursus sedia ada untuk dipindahkan dalam bentuk e-content

19.Pendekatan untuk mengapdatasi MOOC’s:
•Pembekal
•Pasukan multimedia atau teknikal
•Perpustakaan sediakan sendiri (lebih sustain)

20.Kemahiran yang perlu ada:
•Kreatif untuk lebih interaktif dan engage dengan peserta kursus

Mapping dengan perkhidmatan Perpustakaan yang sedia ada.
contoh
1. IR4.0 - Big Data > di PTAR rujuk WILS
2. IR4.0 - IoT  >di PTAR dah ada ioT (selfcheck machine)
3. IR4.0 - Robotic  > Automated Book Dispenser (PTAR Puncak Perdana) 
4. IR4.0 – Mobile Device > PTAR Mobile App, Responsive Web Portal, Online Resources, eBook etc
5. IR4.0 – Cloud  > Projek PS Virtualization, IR, EQPS, KM
6. IR4.0 – Augmented Reality , AR VR > di PTAR  Class VR



Diharapkan seminar ini telah dapat memberikan banyak input berguna daripada pelbagai perspektif mengenai Revolusi Industri 4.0 ( 4th IR ) dan Perpustakaan 

Tindakan selanjutnya selepas seminar ini adalah seperti apa yang dihasratkan oleh Ketua Pustakawan dalam rumusannya. Ini termasuklah:

a. Membuat penstrukturan semula dengan mewujudkan bahagian baharu iaitu BAHAGIAN INISIATIF PERPUSTAKAAN DIGITAL (BIPD) dengan usaha menerapkan elemen-elemen Perpustakaan 4.0 yang berlandaskan IoT ( Internet of Things ), mengoptimumkan penggunaan teknologi dan menepati konsep 3A ( anywhere, anytime,anyone )

b. Memantapkan perkhidmatan Sokongan Penyelidikan dan Rujukan melalui Bahagian Penyelidikan dan Rujukan (dulu Bahagian Perkhidmatan Maklumat )
Segala usaha kearah Perpustakaan 4.0 akan digembeling dengan semua pihak khususnya warga PTAR dan Perpustakaan UiTM seluruh Malaysia. 

Setinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua Jawatankuasa seminar ini ( nama seperti dibawah ) dan mereka yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan seminar ini.

1.  Ketua Pustakawan ( Penaung )                                        
2.  Encik Jamalludin Hj. Sulaiman ( Pengerusi )                         
3.  Puan Jaz Norfazuna Jaafar ( Setiausaha )                            
4.  Encik Nik Lokman Nik Mansor ( Penceramah )                          
5.  Encik Norhazlan Nordin ( Kertas pembentangan dan pelan tindakan )   
6.  Encik Mohd Alfarabie Nasir ( Penginapan / Logistik )                
7.  Puan Nor Azwani Mohamad ( Persediaan pembentangan dan Multimedia )  
8.  Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar ( Komunikasi Korporat )               
9.  Encik Muhammad Zaidie Bardan ( Sambutan )                           
10. Encik Muhamad Azmir Sulaiman ( Pengangkutan )                       
11. Encik Abdul Rahman Kamarun ( Teknikal )                             
12. Encik Zharif Farhan Bin Muhamad Pauzi ( Penerbitan )                
13. Cik Nurfarahwahidah Badruesham ( Pengacara gantian )



Read More

JOURNEY TOWARDS IR 4.0

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/