Kemudahan serta kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi digunakan oleh kebanyakan organisasi untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pengguna dan ahli diantaranya dengan menyediakan kemudahan laman web/portal masing-masing.
PPUiTM juga ingin menyediakan laman web/portal persatuan dan laman web sosial bagi memudahkan pengurusan PPUiTM menyebarkan maklumat dan aktiviti kepada ahli-ahli dan masrayakat amanya
Sehubungan Biro Keahlian dan Publisiti PPUiTMPPUiTM menganjurkan bengkel pengurusan kandungan laman web perpustakaan pengurusan laman web sosial media PPUiTM pada 16 – 17 April 2014
Objektif Bengkel
1.Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi mengurus laman web rasmi dan sosial media PPUiTM
2.Memberi peluang kepada ahli dan pengurusan persatuan berinteraksi dengan lebih mudah.
3.Mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam pengurusan dan penyenggaraan laman web dan sosial media persatuan.
Diakhir kursus :
Peserta dapat memiliki laman sosial media sendiri
Boleh mengurus serta mengemaskini laman sosial
Kesatuan/Pesatuan/Kelab dan Dapat berkongsi maklumat dengan mudah.
Setiap peserta akan mendapat “cloud storage “ lebih dari 1 TB (Terabyte) percuma.