PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Tuesday, January 31, 2012

New code of practice for Academic and Research Libraries

Code-of-best-practices-fair-use
http://www.arl.org/pp/ppcopyright/codefairuse/index.shtml
View/download the Code of Best Practices in Fair Use 

The Association of Research Libraries (ARL) recently released its own Code of Best Practice in Fair Use for Academic and Research Libraries.  Supported by a grant from The Andrew W. Mellon Foundation, the code:

enhances the ability of librarians to rely on fair use by documenting the considered views of the library community about best practices in fair use, drawn from the actual practices and experience of the library community itself.

The Code was developed after a series of in-depth interviews with 65 librarians at academic and research institutions. It identifies the relevance of fair use in eight recurrent situations:

  • Supporting teaching and learning with access to library materials via digital technologies
  • Using selections from collection materials to publicize a library’s activities, or to create physical and virtual exhibitions
  • Digitizing to preserve at-risk items
  • Creating digital collections of archival and special collections materials
  • Reproducing material for use by disabled students, faculty, staff, and other appropriate users
  • Maintaining the integrity of works deposited in institutional repositories
  • Creating databases to facilitate non-consumptive research uses (including search)
  • Collecting material posted on the web and making it available

Most of these issues have relevance for the school library community as well.

This new code joins several others as part of a project of the School of Communication at American University Center for Social Media in Washington, DC, successfully serving to clarify how professionals might apply fair use to improve their practice using the tools of our time.

Existing codes include:

Patricia Aufderheide, University Professor in the School of Communication at American University and Director of the Center for Social Media notes

Librarians can now join other communities of practice that have designed such codes. They have been able to reduce market friction and meet mission with the confidence that they are acting within the best practices of their peers.

Download the code and follow #librarianscode on Twitter for further information.

And see my older posts relating to the release of the Code of Best Practices in Fair Use for Media Literacy Education:

 

via : http://www.arl.org/pp/ppcopyright/codefairuse/index.shtml

FAQ for Librarianshttp://www.arl.org/pp/ppcopyright/codefairuse/faq-libs.shtml

FAQ for Students
 
http://www.arl.org/pp/ppcopyright/codefairuse/faq-students.shtml 

Frequently Asked Questions

Download a PDF of this FAQ

Monday, January 30, 2012

Amanat Tahun Baharu 2012 & Pelancaran Transformasi Akademik 2012 (AcT 2012)

Hari ini menghadiri Amanat Tahun Baharu 2012 & Pelancaran Transformasi Akademik 2012 (AcT 2012)

2012amanattahunbaru

Tarikh : 31 Januari 2012
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam

2012act

Pelancaran Transformasi Akademik 2012 (AcT 2012)

Attention: open in a new window. PDF Print E-mail

Program AcT 2012 yang julung kalinya diadakan ini adalah berkonsepkan perkongsian hasil-hasil konkrit yang telah dicapai dalam perancangan bagi menyahut cabaran mentransformasikan budaya akademik di UiTM sepanjang tahun 2011. Ianya diadakan bertujuan memberi pemakluman kepada pihak berkepentingan (stakeholder) untuk menyedari akan perubahan positif yang sedang berlaku dalam sistem pembangunan dan pengurusan akademik UiTM.

Justeru dengan adanya kesedaran ini ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat bagi mengekalkan kualiti produktiviti akademik di kalangan warga UiTM. Sebanyak 31 item berbentuk produk seperti buku, garispanduan, pamplet, sistem dan sebagainya dipamer untuk membawa maksud kesiapsiagaan Hal Ehwal Akademik seluruh UiTM dalam menggerakkan inisiatif Transformasi Akademik secara berpasukan bagi memupuk semangat kerja yang lebih produktif pada tahun 2012.

Semua warga UiTM sama ada staf akademik dan bukan akademik dijemput untuk menghadiri program AcT 2012 dan menyaksikan produk-produk akademik yang akan dipamerkan untuk perkongsian maklumat dengan semua yang hadir.

ATUR CARA PROGRAM

7.45 - 8.45 pagi Pendaftaran Peserta

8.45 pagi Ketibaan Pegawai Kanan UiTM

8.50 pagi Ketibaan Naib Canselor

9.00 pagi Ketibaan Tetamu Kehormat

Lagu NegaraKu

Lagu Wawasan Setia Warga UiTM

Bacaan Doa

9.30-11.00 pagi Perutusan Tahun Baharu 2012

Oleh: YBhg Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, FASc,  Naib Canselor UiTM

11.00-11.30 pagi Ucapan serta Pelancaran AcT 2012, Pelancaran Buku ‘Maxims of University

Leadership’ dan Pelancaran ‘UiTM Press’

Oleh: YBhg Tan Sri Dato’ Seri Arshad Ayub, Pro Canselor UiTM

11.30 - 11.40 pagi Tayangan Montaj AcT 2012

11.40 pagi Lawatan Tetamu Kehormat Ke Pameran AcT 2012

Lawatan Warga UiTM Ke Pameran AcT 2012

12.00 tengahari –

2.00 petang

Makan Tengahari

Rehat & Solat

MAJLIS ANUGERAH AKADEMIK UiTM 2011

2.00 petang Pendaftaran Peserta

2.20 petang Ketibaan Naib Canselor

2.30 petang Ketibaan Tetamu Kehormat

Ucapan

Oleh: Prof. Dr. Azni Zain Ahmed

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Penyampaian Insentif Penulisan Ke Jurnal Berimpak Tinggi 2011

Oleh: YBhg Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, FASc, Naib Canselor UiTM

Penyampaian Anugerah Akademik UiTM 2011

Oleh: YBhg Tan Sri Dato’ Seri Arshad Ayub, Pro Canselor UiTM

5.30 petang Pameran AcT 2012 berakhir

Bersurai

via : http://www.uitm.edu.my/index.php/en/upcoming-events/557-pelancaran-transformasi-akademik-2012-act-2012

 

Karnival Karangkraf 2012

Semalam hari terakhir, terpanggil pergi ke Karnival Karangkraf  2012 di di Kompleks Media Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam, bawa anak-anak. Berbagai aktiviti yang ada disana selain Jualan Buku, Majalah, Novel dan pelabagai produk terbitan Karangkraf ( lebih dari 25 produk terbitan)

Antara aktiviti untuk meraikan orang ramai khususnya peminat-peminat produk Kumpulan Media Karangkraf: 

- Bermula 9 pagi: Edar baja, bihun dan buahan dengan beli Sinar Harian

- 9 hingga 5 petang: Himpunan Kereta Mini sempena Pertandingan Kereta Mini Tercantik

- 12 tengah hari hingga 3 petang: Himpunan Motor Harley Davidson

- 9 hingga 10 pagi: Rasa "Cooking Demonstration"

- 9 hingga 10 pagi: RAPI "Aerodance"

- 10 hingga 11 pagi: FOKUS SPM "Lim Teck Pakar Matematik"

- 10 hingga 11 pagi: SLOT DIGI

- 11 hingga 12 tengah hari: KELUARGA "Demo Menghias Cup Cake"

- 11 hingga 12 tengah hari: PENAMPILAN UPIN DAN IPIN

- 12 hingga 1 tengah hari: MIDI "Terapi Bersama MIDI"

- 2 - 3 petang: SELEBRITI MENULIS? HMM

- 2.30 petang: Penyerahan sumbangan dana Yayasan Nur Karangkraf dari Harley Davidson

- 3 hingga 4 petang: GIMIK PA&MA

- 3 hingga 5 petang: 'Chit Chat' bersama Ustaz Don di Booth Al-Hijrah

- 5 petang: Penyampaian Hadiah Pemenang Kereta Mini Tercantik
via : http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/karnival-karangkraf-aktiviti-hari-ini-1.20691 

Selain itu semasa waktu asar selepas azan dilaungkan para pengunjung dijemput solat asar bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, pengacara dari TV Al-Hijrah
 

2012karnivalkarangkraf-ustdon

2012-01-29_17

2012-01-29_17

Ustaz Don

SHAH ALAM – Penantian pengunjung dan peminat setia Ustaz Don di gerai TV Al-Hijrah tidak sia-sia, apabila ustaz pujaan ramai itu muncul di pekarangan karnival petang, semalam.

Hampir 500 pengunjung berasak-asak di dalam dan luar khemah tersebut hanya untuk melihat sendiri dan mendengar tazkirah yang disampaikan Ustaz yang popular dengan rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don.

Seorang penonton setia rancangan tersebut, Amin Hashim, 18, mengakui meminati gaya penyampaian Ustaz Don yang begitu bersahaja.

“Cara penyampaian beliau berbeza berbanding penceramah lain. Beliau lebih dekat dengan masyarakat terutama golongan belia.

“Penyampaian beliau dengan gayanya tersendiri mampu memikat kami untuk mendengar tazkirahnya hingga ke penghujung,” katanya.

Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Danial Don Biyajid hadir menyampaikan tazkirah bertajuk ‘Cinta Rasul’.
Via: http://www.sinarharian.com.my/nasional/500-orang-serbu-ustaz-don-1.20777

 

Antara Berita-berrita  yang membuatkan kami terpergi haa..haa...

Harga rendah majalah dan buku hadiah buat pengunjung

30 Januari 2012
Harga rendah majalah dan buku hadiah buat pengunjung

SHAH ALAM - Serendah RM1! Itulah hadiah paling bermakna buat pengunjung hari terakhir karnival menambahkan koleksi novel pilihan.

Bagaikan ‘semut menghurung gula’ pengunjung berpusu-pusu mendapatkan judul pilihan terbitan Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari.

Pengurus Besar Penerbitan Grup Buku Karangkaf, Sri Diah Shaharudin berkata, pakej sebegini sememangnya strategi untuk menggalakkan lagi lebih ramai pengunjung mendapatkan bahan bacaan yang digemari.

Katanya, pakej itu juga memberi peluang golongan mahasiswa menggunakan Baucer Buku 1Malaysia mereka.

“Sambutan yang diterima sangat luar biasa, apabila kakitangan Grup Buku juga tidak menang tangan. Malah stok buku juga ditambah dari semasa ke semasa. Manakala kaunter bayaran juga terpaksa ditambah menjadi 30 buah kaunter,” katanya........

Via: http://www.sinarharian.com.my/nasional/harga-rendah-majalah-dan-buku-hadiah-buat-pengunjung-1.20789

Kepuasan berganda

Kepuasan berganda

SHAH ALAM - Karnival Karangkraf yang bermula semalam berlangsung penuh meriah dengan kehadiran hampir 15,000 pengunjung.

Cuaca baik memboleh kan pengunjung datang seawal jam 9 pagi ke pekarangan Kompleks Media karangkraf di sini yang dipenuhi pelbagai gerai dan aktiviti keluarga.

Kemeriahan semakin dirasai sebaik bermula acara perasmian yang disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain jualan buku dan majalah yang menawarkan diskaun istimewa, ramai pengunjung teruja dengan aktiviti yang dijalankan di Zon Sinar Harian yang menyediakan pameran permotoran eksklusif dan hadiah kepada pengunjung.

Aktiviti diteruskan hari ini dengan Kejohanan YB Can Jump yang turut disertai tiga wakil rakyat pada sebelah pagi dan Konsert Anugerah PPMH Media Hiburan pada sebelah malam. ....

Ybcanjump
Ybcanjumpfun

via : http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/kepuasan-berganda-1.20536

 

Sambutan hari kedua Karnival Karangkraf luar biasa

29 Januari 2012
Karnival Karangkraf
KARNIVAL KARANGKRAF

SHAH ALAM - Mengejutkan! Lebih 100,000 pengunjung menyerbu hari kedua Karnival Karangkraf 2012 semalam bagi mendapatkan harga runtuh buku dan majalah terbitan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd.

Karnival tiga hari itu akan berakhir hari ini.

Kebanyakan mereka tiba seawal jam 8 pagi kerana tidak mahu melepaskan peluang merasai kemeriahannya termasuk mendapatkan tempat letak kereta yang terdekat.

Walaupun 500 tempat letak kereta disediakan penganjur, namun jumlah itu tidak mampu menampung kapasiti pada satu-satu masa, namun ia langsung tidak menjadi halangan kepada peminat-peminat produk Karangkraf.
Situasi itu juga mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang tiga kilometer.
Pelbagai lapisan umur tidak melepaskan peluang mendapatkan bahan bacaan.
Penganjur juga menyediakan dua kenderaan buggy tajaan Jebsen & Jessen untuk membawa pengunjung warga emas dan kurang upaya yang turut memeriahkan karnival.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, khemah Grup Buku paling mendapat sambutan dan ia mula diserbu pengunjung seawal jam 8 pagi.....

 

300,000 pengunjung banjiri Karnival Karangkraf 2012

29 Januari 2012
Karnival Karangkraf

SHAH ALAM - Sambutan di luar jangkaan apabila lebih 300,000 pengunjung membanjiri Karnival Karangkraf 2012, sepanjang tiga hari ia berlangsung, menunjukkan tahap membaca di kalangan rakyat Malaysia masih tinggi.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussammuddin Yaacob berkata, sambutan itu juga menampakkan masyarakat kini semakin mementingkan bahan bacaan berkualiti untuk perkembangan minda yang lebih sihat.

Katanya, secara tidak langsung ia menunjukkan jenama buku keluaran Kumpulan Media Karangkraf sudah diiktiraf dan dikenali pembaca.

“Ia adalah perkembangan yang baik terhadap jenama Karangkraf yang semakin mendapat sambutan menggalakkan pembaca sepanjang tiga hari ini. Saya gembira dan akan memaparkan setiap kelainan dalam karnival akan datang buat peminat jenama keluaran Karangkraf,” katanya.

Menurut Hussamuddin, sebagai langkah penambahbaikan, pihak pengurusan akan melakukan post-mortem selepas ini.

“Ini adalah kali pertama karnival diadakan secara besar-besaran di laman Karangkraf serta melibatkan banyak penglibatan dan kerjasama pihak luar. Justeru, post-mortem itu akan mengkaji apa yang perlu ditambahbaiki di masa akan datang,” katanya.

Tambah beliau, karnival ini membuktikan moto baru Karangkraf "Membarakan Jiwa dan Minda" berjaya diterapkan ke dalam jiwa semua pembaca setia produk-produk terbitan Karangkraf.

"Saya yakin dengan kerjasama semua kakitangan, legasi Karangkraf akan terus berkembang dan memupuk minat membaca di kalangan orang muda," katanya. ....

 

via : http://www.sinarharian.com.my/nasional/300-000-pengunjung-banjiri-karnival-karangkraf-2012-1.20749

20 motosikal meriahkan karnival
30 Januari 2012
20 motosikal meriahkan karnival

SHAH ALAM - Kehadiran deruman motosikal berkuasa tinggi mengejutkan ribuan pengunjung sekali gus menggamatkan pekarangan karnival, petang semalam.

Penyertaan kali pertama, Harley Davidson ke karnival itu, dilihat mampu mewujudkan jalinan kerjasama selain melebarkan empayar jenama permotoran terkemuka terbabit.

Naib Presiden Bahagian Pemotoran Naza Motor Group, Nik Danial Nik Mahmood berkata, peluang bekerjasama dengan akhbar Sinar Harian adalah langkah bijak untuk mempopularkan lagi jenama Harley Davidson.

via: http://www.sinarharian.com.my/nasional/20-motosikal-meriahkan-karnival-1.20797

 

 

Kutip RM11,000 sepanjang karnival

Kutip RM11,000 sepanjang karnival

SHAH ALAM – Sepanjang tiga hari karnival berlangsung, sejumlah RM11,000 diperoleh hasil Jumble Sale dan juga sumbangan daripada pelbagai agensi korporat.

Kutipan ini akan terus disalurkan ke tabung Yayasan Nur Karangkraf bagi membantu golongan memerlukan, khususnya ibu tunggal, anak yatim piatu, keluarga miskin dan warga emas. ...

via : http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/kutip-rm11-000-sepanjang-karnival-1.20772

Tahniah kumpulan Media Karangkraf

Foto lain sekitar  Karnival Karangkraf  2012

 

 

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/