Jom Gunakan Duit Raya Digital !
TIPS: Cara bagi Duit Raya Digital menggunakan aplikasi perbankan dan e-wallet
Semasa Hari Raya Aidilfiti, pasti ramai saudara-mara akan berkumpul bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya dan akhir sekali pasti akan ada sesi pemberian duit raya terutamanya kepada golongan remaja dan kanak-kanak.
Tapi, untuk memberi duit raya secara tunai, agak leceh kerana sampul perlu sediakan terlebih dahulu, dan duit baru perlu ditukar di bank.
Sempena Kempen Hijaukan Alam Sekitar, Bank Negara Malaysia menggalakkan orang ramai menggunakan wang kertas baharu atau lama sebagai pemberian duit raya penuh bererti.
Tak dapat tukar duit baru untuk Raya?
Jangan risau Guna e-Duit raya digital
Tapi, dengan adanya pelbagai aplikasi perbankan dan e-wallet pada masa kini, anda boleh memberi duit raya secara tanpa tunai dengan lebih mudah dan cepat. Di sini, saya akan kongsikan cara untuk memberi duit raya secara digital.
Hantar e-Duit dengan mudah melalui telefon pintar pada Aidilfitri ini.
Baca lebih lanjut di sini: bnm.gov.my/LT22F6
Selamat, Senang, Segera.
Tip: Sentiasa semak sebelum sahkan transaksi anda!
1. Menggunakan nombor akaun bank
Kebanyakan aplikasi bank sememangnya boleh digunakan untuk membuat pemindahan duit. Oleh itu, jika penerima tidak mempunyai nombor telefon dan kod QR DuitNow, anda boleh menggunakan cara pemindahan duit untuk memberi duit raya dengan menggunakan nombor akaun bank.
2. Melalui DuitNow – Nombor telefon
Dengan DuitNow, duit raya boleh diberi dengan hanya menggunakan nombor telefon. Ciri ini boleh didapati di aplikasi perbankan di Malaysia seperti MAE, CIMB Clicks, HLB Connect dan RHB. Namun, beberapa aplikasi perbankan ada menawarkan ciri e-Duit Raya yang membolehkan anda terus memberi duit raya menggunakan nombor telefon, pada masa yang sama mengirimkan ucapan raya kepada penerima. Untuk melakukannya, di sini saya tunjukkan cara bagaimana ia berfungsi di aplikasi MAE.
Buka aplikasi MAE
Di muka utama, tekan pilihan e-Duit Raya
Kemudian tekan ‘Send via Transfer’
Pilih kenalan anda
Masukkan jumlah duit raya
Pilih reka bentuk kad dan tambah ucapan
Tekan ‘Send Now’
Setelah itu, penerima akan menerima duit raya beserta ucapan yang telah dibuat.
3. Melalui DuitNow – Kod QR
Selain nombor telefon, duit raya juga boleh diberi melalui kod QR DuitNow. Ciri ini boleh didapati di kebanyakan aplikasi perbankan di Malaysia. Caranya juga lebih mudah berbanding menggunakan nombor telefon, anda hanya perlu mengimbas kod QR DuitNow kemudian masukkan jumlah, dan selesai. Sebagai contoh, saya tunjuk caranya di aplikasi AmOnline.
Buka aplikasi AmOnline
Tekan pilihan e-Duit Raya di belah kiri
Pilih ‘Scan QR’
Imbas kod QR
Masukkan jumlah duit raya
Pilih reka bentuk dan tinggalkan ucapan
Kemudian tekan ‘Confirm & Pay’
Bagi mereka yang nak menerima duit raya menggunakan kod QR, anda boleh simpan gambar kod QR atau kongsi kepada pemberi melalui WhatsApp. Berikut adalah cara untuk menyimpan dan kongsikan kod QR di AmOnline.
Buka aplikasi AmOnlineTekan pilihan e-Duit Raya di belah kiri
Pilih ‘Show My QR’
Tekan ‘Share’ di bahagian bawah
Kemudian anda nampak pilihan simpan gambar atau kongsi di WhatsApp
4. E-Wallet
Bagi yang tidak mahu menggunakan aplikasi perbankan untuk memberi duit raya, anda juga boleh memberi duit raya melalui aplikasi e-wallet. Tapi, penerima perlu menggunakan aplikasi yang sama seperti pemberi bagi membolehkan transaksi berlaku. Menerusi e-wallet juga, duit raya boleh diberi sama ada menggunakan nombor telefon atau kod QR.
Untuk memberi duit raya menggunakan nombor telefon di Touch n Go eWallet, caranya adalah seperti berikut:
Buka aplikasi Touch n Go eWallet
Tekan pilihan ‘Transfer’ di muka utama,
Pilih nombor kenalan
Masukkan jumlah duit raya
Pilih ucapan raya
Kemudian tekan ‘Confirm Transfer’
Rujukan:
bnm.gov.my/LT22F6
https://www.bnm.gov.my/
https://twitter.com/BNM_official/status/1648258262326812673
https://bm.soyacincau.com/2023/04/20/tips-cara-bagi-duit-raya-digital-menggunakan-aplikasi-perbankan-dan-e-wallet/