Sunday, April 29, 2012

Pesta Buku: Hadiah setiap jam bagi peminat produk Karangkraf

2012klibf-karangkraf

KUALA LUMPUR – Pengunjung-pengunjung Pesta Buku Karangkraf 2012 mempunyai peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik dengan hanya menekan butangLike di laman Facebook bagi produk keluaran Kumpulan Media Karangkraf.

Pesta buku masuk hari ketiga hari ini.

Peraduan ‘iLike & Menang’ anjuran Grup Digital Karangkraf (GDK), yang akan berlangsung sehingga 6 Mei ini, menyediakan hadiah pada setiap jam.

Sejumlah pengunjung telah menerima hadiah masing-masing pada hari pertama semalam dan hari kedua semalam.

Pengarah Eksekutif GDK, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, untuk memasuki peraduan tersebut, pengunjung hanya perlu mencari ahli GDK yang memakai pakaian Pesta Buku Karangkraf, topi berwarna-warni beserta tag pengenalan ‘iLike Facebook’ sepanjang pesta itu berlangsung.

Menurut Syamil, peraduan tersebut terbahagi kepada dua bahagian, dengan bahagian pertama hanya memerlukan peserta menekan butang Like pada laman Facebook tertentu dan cabutan bertuah akan dibuat bagi memilih pemenang pada setiap jam.

“Pengunjung tidak perlu membeli apa-apa barangan, hanya cari kami, dan tekan butang Like untuk laman Facebook Sinar Harian, lima majalah atau buku terbitan Karangkraf, dan satu perkhidmatan Karangkraf melalui telefon pintar masing-masing atau di gerai GDK.

“Setiap pengunjung yang datang ke gerai kami akan diberikan borang penyertaan selepas mereka menekan butang Like. Cabutan akan dibuat dan seorang pemenang akan dipilih bagi setiap jam, bermakna akan ada 10 pemenang setiap hari. Hadiah untuk bahagian pertama adalah penginapan di Tune Hotel di seluruh negara,” katanya.

Untuk bahagian kedua peraduan itu, yang akan bermula pada 2 Mei, Syamil berkata, beberapa siri soalan akan disiarkan di laman Facebook Sinar Harian, dan jawapannya boleh ditemui sama ada secara online atau dalam akhbar cetak tersebut dan majalah lain keluaran Karangkraf.

Hadiah utama seperti iPad, iPod Nano dan iPod Shuffle serta penginapan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur menanti pemenang bahagian kedua.

Pesta Buku Karangkraf 2012 berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC di sini.

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/