FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Monday, July 01, 2019

Produk Teknologi VR -Virtual Reality & AR - Argumented Reality & 360


Hari ini kami berpeluang mengeksplorasi Produk Teknologi VR -Virtual Reality & AR - Argumented Reality selari denga kehendak  Industri Revolusi 4.0  (IR4.0) dan Digital Maker.

Revolusi Industri 4.0 melibatkan teknologi terkini memberi cabaran dan membawa  pembaharuan kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing.

Revolusi Industri 4.0 dapat mengatasi masalah kebergantungan terhadap sumber tenaga yang secara signifikan akan mengubah masa depan dunia pekerjaan. Manusia dan teknologi saling memerlukan bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan terbaik, sebagai contoh pustakawan boleh menjadi SME (Subject Matter Expert) yang diperlukan bagi mengumpul dan menganalisis data menjadikan maklumat lebih bermakna.

IR4.0 dan Library 4.0 memerlukan strategi dan perancangan yang betul melalui Staf yang berkemahiran (Manpower),Sistem (System), Prosess / Prosedur Organisasi (Processes) dan Peralatan (Equipment)

Universiti haruslah memiliki pengurusan yang mantap, saling menyokong dan inovatif.

Universiti juga perlu mempunyai pentadbir yang berdedikasi dan mahu melaksanakan pembaharuan inovasi digital di Universiti.

Sekarang kita perlu mencari ruangan yang sesuai untuk dijadikan bilik khas untuk dinaiktaraf jadi Digital Maker Hub (DMH).



















Read more https://www.classvr.com/virtual-reality-downloads/

https://www.classvr.com/school-curriculum-content-subjects/mixed-reality-resources/

ClassVR Portal Updates 

https://www.youtube.com/watch?v=4jlfp7OetKs


Google Keynote at SID Display Week, Clay Bavor, VP of Google VR/AR

Berakhir era Notes dibawah IBM



On December 6, 2018, IBM and HCL Technologies announced a definitive agreement under which HCL will acquire select IBM collaboration, commerce, digital experience and security software products. The transaction closed on June 30, 2019.
https://www.ibm.com/downloads/cas/AL1OBXBJ

Pada 6 Disember, 2018, IBM dan HCL Technologies mengumumkan perjanjian muktamad di mana HCL akan memperoleh kerjasama, perdagangan, pengalaman digital dan produk perisian keselamatan IBM. Transaksi ditutup pada 30 Jun, 2019.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pembangunan  Notes bermula pada tahun 1984 oleh sebuah syarikat bernama Iris yang pada waktu itu Iris bekerja di bawah kontrak dengan Lotus Development Corporation dan akhirnya versi release 1.0  secara rasmi  dikeluarkan oleh sebuah syarikat bernama "Lotus Development Corporation" tahun 1989. https://en.wikipedia.org/wiki/Iris_Associates

Lotus Development Corporation ia ditubuhkan pada tahun 1982 bersama rakan kongsi Mitch Kapor dan Jonathan Sachs dengan sokongan dari Ben Rosen. Antara produk lain Lotus  yang terkenal pada waktu ialah perisian Lotus 1-2-3 (spreadsheet software) yang dikeluarkan pada  January 26, 1983.
https://en.wikipedia.org/wiki/Mitch_Kapor

Pada tahun 1995  IBM membeli Lotus Corporation pada harga US$ 3.5 bilion, terutamanya untuk memperoleh Lotus Notes dan untuk mewujudkan kehadiran dalam segmen pengkomputeran pelanggan yang semakin penting, bagi mengantikan produk host-based  seperti IBM OfficeVision yang telah usang kemudia ia dikenali sebagai bahagian Pembangunan Lotus di IBM (Lotus Development division of IBM).


Pada tahun 2015 ia menjadi sebahagian daripada IBM Software and Systems Group di bawah nama "IBM Collaboration Solutions".

Lotus Notes merujuk kepada Notes client, yang dipasang pada komputer peribadi pengguna, dan digunakan untuk mengakses kedua-dua fail mail dan aplikasi Notes. Domino adalah komponen server bagi Notes/Domino team, dan ia berjalan pada pelbagai sistem operasi (operating systems)




Sebenar Lotus Notes ni bukan sahaja untuk email ia juga digunakan untuk kalendar, (personal information managers) PIM, pemesejan segera, Web browsing, serta .pelbagai  applikasi Lotus Notes yang lain yang dibangunkan  oleh  team lotus notes dipejabat.




Aplikasi Notes boleh dibina untuk kedua-dua Notes client dan untuk Web browsers. ada juga replikasi membolehkan kita mecapainya dalam talian(online ) dan di luar talian  (offline).

Pada 6 Disember, 2018, IBM mengumumkan bahawa ia telah menjual beberapa produk perisian kepada HCL Technologies untuk $ 1.8bn, termasuk IBM Notes, Domino, Commerce, Portal, Connections, BigFix, Unica and AppScan.
Transaksi ditutup pada 30 Jun, 2019.


Saya mula menggunakan IBM Notes rasanya versi atau  release 5.0 bagi email rasmi pejabat  pada tahun 2000 dan sehingga  IBM Notes versi atau  release 9 pada 2019  dan ini mungkin  tahun terakhir kami menggunakan  Notes kerana  pengurusan  ICT kami telah meuar-uarkan pertukan email rasmi  pejabat ke perkhidmatan email lain.





https://en.wikipedia.org/wiki/IBM_Notes
https://en.wikipedia.org/wiki/Lotus_1-2-3
https://en.wikipedia.org/wiki/Lotus_Software



Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/