Al-Fatihah untuk Ayahandaku dan semu ahli kubur....amin... , Dikesempatan balik kg ziarah kubur ayahanda dan nenek moyang ...
Adab-Adab Ziarah Kubur
Islam sebagai agama yang syumul tidak meninggalkan sesuatu amalan atau perkara melainkan ia membimbing kita kepada apa yang bermanfaat dan menjauhkan kita dari apa yang memudaratkan. Antaranya ialah amalan ziarah kubur di mana Islam telah memberikan sejumlah adab yang perlu kita perhatikan, iaitu:
Ziarah Kubur.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُوْرِ، أَلآ فَزُوْرُوْهَا، فَإِنَّهُ يُرِقُّ الْقَلْبَ، وَتُدْمِعُ الْعَيْنَ،
وَتُذَكِّرُ اْلآخِرَةَ، وَلاَ تَقُوْلُوْا هُجْرًا.
Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat. Akan tetapi janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji dan batil.[1]
[1] Hasan: Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadraknya, hadis no: 1342MS (Kitab al-Janaiz, Bab dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur…). Sanadnya dinilai hasan oleh al-Albani dalam Ahkam al-Janaiz (Maktabah Syamilah v2), ms. 180.sumber yang boleh dirujuk:
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/MSBSPR/M28.02.10.htm
http://www.islam.gov.my/e-jenazah/ziarah-kubur
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-ziarah-kubur-dan-adab-adabnya-0
0 comments:
Post a Comment