Friday, April 27, 2012

Cukai Pendapatan dan Borang BE bagi Tahun Taksiran 2011



 KENYATAAN MEDIA : TINGGAL BEBERAPA HARI LAGI UNTUK MENGHANTAR BORANG BE (LHDN)
 
Cyberjaya, 23 April - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memberikan peringatan kepada semua pembayar cukai bahawa tarikh akhir pengemukaan Borang BE (Manual) bagi Tahun Taksiran 2011 adalah pada 30 April 2012. Ini bermakna hanya ada beberapa hari sahaja lagi untuk berbuat demikian. Kegagalan mengemukakan borang ini adalah menjadi satu kesalahan dan tindakan boleh dikenakan amaun penalti tidak akan melebihi 3 kali ganda cukai yang dikenakan di bawah subseksyen 112 (3) mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.

Justeru, LHDNM menyeru dan menasihatkan agar semua pembayar cukai untuk mengemukakan Borang BE Tahun Taksiran 2011 dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sekiranya pembayar cukai memilih untuk menghantar melalui perkhidmatan e-Filing, maka tarikh akhir dilanjutkan pada 15 Mei 2012. e-Filing Mudah, Tepat dan Selamat.
Sebarang maklumat lanjut sila layari www.hasil.gov.my atau hubungi 1-300-88-3010.

SEKIAN, TERIMA KASIH
# # #
Dikeluarkan oleh : Nor Azirah Mohd Said
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh : 23 April 2012
Nombor Telefon : 03-8313 8838
Nombor Faks : 03-8313 7835
Pusat Khidmat Pelanggan : 1-300-88-3010
www.hasil.gov.my

Sumber : LHDN

URL
http://www.hasil.org.my/

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/