Transformasi Perpustakaan Digital UiTM

 

Perkembangan era globalisasi pada masa ini secara tidak langsung telah mewujudkan pelbagai bentuk teknologi moden yang boleh diguna pakai oleh pengguna. Maklumat yang dahulunya sering didapati dalam bentuk fizikal kini telah berubah kepada bentuk digital. Dalam usaha meletakkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di peta dunia selari dengan tema Pelan Strategik UiTM 2020-2025, iaitu “Towards A Globally Renowned University”, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengambil inisiatif menawarkan perkhidmatan digital perpustakaan secara komprehensif dengan merangkumi tiga komponen utama. Komponen tersebut ialah perkhidmatan digital, koleksi digital dan proses digital. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan, pembelajaran, pengajaran, dan penyelidikan. Selain itu, inisiatif ini juga secara tidak langsung mampu menyokong proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian atau Open and Distance Learning (ODL).



Komponen utama, iaitu perkhidmatan digital memberi penekanan kepada aspek sumber pendidikan terbuka (open educational resources) dan akses terbuka (open access). Perkhidmatan ini tersedia kepada pengguna tanpa mengira masa dan tempat yang mempunyai jaringan Internet selari dengan moto PTAR, iaitu Library for All. UiTM Library Mobile App dibangunkan bagi menepati keperluan Education 5.0 UiTM. Melalui aplikasi ini, pengguna berpeluang untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan melalui 12 komponen UiTM Library Mobile App untuk mengakses sumber maklumat, penerbitan rasmi perpustakaan dan lain-lain.





Terdapat juga fungsi semakan akaun perpustakaan dan penggunaan e-kad pelajar atau staf bagi tujuan pengesahan identiti. Pengguna boleh menggunakan sama ada Sistem IoS (Apple Store) atau Android (Google Play Store) untuk memuat turun aplikasi ini. Di samping itu, portal MyKnowledge Management (MyKM) turut diwujudkan bagi memudahkan pengguna mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan perpustakaan. Portal ini merupakan satu daripada inisiatif perkhidmatan digital terpenting yang mengumpul, mengurus dan menyebarkan maklumat pengetahuan berdasarkan bahan rujukan yang dihasilkan oleh pengarang dan penyelidik dari UiTM dan seluruh dunia. Melalui MyKM ini, maklumat yang disediakan adalah secara bersasar dan bertindak sebagai pusat maklumat setempat.





Komponen yang kedua ialah koleksi digital yang memberi penekanan kepada aspek data raya (big data) dan bahan secara virtual reality. Koleksi yang boleh diakses secara dalam talian ini dipaparkan dalam format virtual dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Hal ini bagi meningkatkan kualiti dan prestasi pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan warga UiTM, khususnya pengguna perpustakaan. Antara koleksi digital yang mendapat perhatian pengguna ialah UiTM Institutional Repository, Exam Paper, Portal eBook, Article Indexing, Khazanah Melayu Repository, eResources dan Local Content Hub.




Komponen ketiga ialah proses digital yang memberi penekanan kepada proses pendigitalan. Melalui komponen ini, fasa integrasi telah ditekankan dalam pelbagai proses kerja dan operasi perpustakaan. Executive Information System (EIS) telah diwujudkan dengan tujuan pengumpulan data dan akses kepada pengurusan data strategik 38 buah perpustakaan UiTM. Sistem yang bertindak sebagai pusat pengumpulan data ini merangkumi lima aspek, iaitu perkhidmatan perpustakaan, repositori institusi, bahan perpustakaan, arkib universiti, dan pengurusan perpustakaan.

Usaha sama dan penglibatan pelbagai pihak amat penting bagi memastikan perkhidmatan digital PTAR sentiasa berada pada tahap yang terbaik. Oleh hal yang demikian, koleksi yang disediakan sentiasa dikemas kini agar pengguna mendapat maklumat yang terkini. Pihak perpustakaan juga bertanggungjawab dalam menjaga isu-isu berkaitan dengan hak cipta seperti yang terkandung dalam Dasar Penyerahan Bahan Harta Intelek Universiti Teknologi MARA ke Repositori Institusi Universiti. Bagi memastikan ketampakan inisiatif perpustakaan digital ini, pelbagai pendekatan diambil, terutamanya dalam aspek promosi dan pemasaran. Pengguna boleh memberikan maklum balas dengan menggunakan perkhidmatan Live Chat with Librarian secara terus melalui staf yang bertugas. Pelbagai langkah perlu dilaksanakan bagi memastikan pengguna mahir untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Tatacara penggunaan perkhidmatan telah disediakan, namun begitu setiap staf perpustakaan UiTM bertanggungjawab memastikan pengguna memahami sepenuhnya proses pencarian bahan bagi memastikan perkhidmatan perpustakaan kekal relevan kepada pengguna walau dalam apa-apa jua keadaan.

read more  https://library.uitm.edu.my/en/pages/uitm-digital-library

Towards becoming a Globally Renowed University
PTAR has gone through 4 phases of transformation before becoming a digital Library.

UiTM Digital Library has 3 main components:

1. Digital Service - https://library.uitm.edu.my/en/digital-initiative/services
A library service that can be accessed through application/ portal/ system/ repository
 
2. Digital Collection- https://library.uitm.edu.my/en/digital-initiative/collection
References material collection can be accessed online in virtual formats for learning and research matters

3. Digital Processs-https://library.uitm.edu.my/en/digital-initiative/process
The Library services that include work process done as a method



Telah di terbitkan di Dewa Kosmik DBP 30 Mei 2021, 10:58
https://dewankosmik.jendeladbp.my/2021/05/30/transformasi-perpustakaan-digital-uitm/
Tulisaan Nor Sabariah Mansor  di sunting  faizar untuk blog




0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/