Pengiraan Pemindahan Gaji
Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
Muat turun: Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2012
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012
Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam PersekutuanDi Bawah Sistem Saraan Malaysia
Lihat Muat turun Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2012http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2012/pp012012.pdf
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012
Kenaikan Gaji Bagi Perkhidmatan Polis DiRaja MalaysiaDi Bawah Sistem Saraan Malaysia
Lihat Muat turun Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012
http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2012/pp022012.pdf
sumber
Semak gaji baru di web JPA -SINAR HARIAN
1 April 2012
1 April 2012
KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan pekeliling perkhidmatan mengenai jadual gaji baru penjawat awam, selaras keputusan kerajaan untuk melaksanakan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Pekeliling yang telah dimuat naik di laman web JPA www.jpa.gov.my Jumaat lalu membolehkan penjawat awam menyemak jadual serta mengira secara automatik kadar gaji baru bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan. Gaji baru itu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, pekeliling itu bertujuan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai kenaikan gaji sebanyak 13 peratus berdasarkan SSM dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.
"Bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus hingga sembilan peratus dengan KGT berdasarkan pelarasan peratusan yang ditetapkan," katanya di dalam Pekeliling berkenaan.
Abu Bakar berkata dengan berkuatkuasanya pekeliling itu, jadual gaji bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah SSM sebelum 1 Januari 2012 dan beberapa peruntukan pekeliling perkhidmatan termasuk pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) adalah dibatalkan.
Menurut Abu Bakar, prinsip kenaikan bagi gaji baru adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 31 Disember 2011 dan ditambah dengan kadar peratusan kenaikan gaji mengikut gred.
Berdasarkan jadual gaji, kadar kenaikan gaji sehingga 13 peratus diberikan kepada pegawai kumpulan Pelaksana (Gred 1-40) dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41-54).
Kadar kenaikan tujuh peratus diberi kepada kumpulan pengurusan tertinggi (Gred Gaji VU1, VU2 dan setaraf), lapan peratus (VU3,VU4 dan setaraf) dan sembilan peratus (VU7-VU5 dan setaraf).
Pelaksanaan gaji baru itu layak diberikan kepada pegawai tetap, sementara, kontrak dan guru sandaran kecuali bagi pegawai yang dikenakan hukuman tata tertib, buang kerja yang berkuatkuasa pada atau sebelum 1 Januari 2012 dan pegawai yang bersara sebelum tarikh itu.
Abu Bakar berkata kenaikan gaji itu tidak mengubah tarikh pergerakan gaji pegawai atau elaun dan kemudahan di bawah SSM kecuali elaun yang kadar atau kelayakannya adalah berdasarkan gaji atau linkungan gaji.
Beliau berkata, peruntukan pekeliling perkhidmatan itu dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing. – Bernama
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kakitangan-awam-boleh-semak-pelarasan-gaji-di-web-jpa-1.36775?localLinksEnabled=false Semak gaji baru di web JPA - Harian Metro
Pekeliling yang dimuat naik ke laman web JPA www.jpa.gov.my, Jumaat lalu membolehkan penjawat awam menyemak jadual serta mengira secara automatik kadar gaji baru bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Gaji baru itu berkuat kuasa 1 Januari 2012. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, Pekeliling Perkhidmatan itu bertujuan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai kenaikan gaji 13 peratus berdasarkan SSM dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana. - Bernama
http://www.hmetro.com.my/articles/SemakgajibarudiwebJPA/Article
Semak gaji baru di web JPA - UTUSAN
PUTRAJAYA 31 Mac - Hampir 1.4 juta kakitangan awam seluruh negara boleh menyemak gaji terbaru masing-masing di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di http://www.jpa.gov.my/ hari ini.
Laman web jabatan itu telah menyediakan cara pengiraan pemindahan gaji kakitangan beserta pekeliling baru mengenai kenaikan gaji pegawai perkhidmatan awam tersebut semalam.
Pengunjung hanya perlu memilih kumpulan perkhidmatan dan mengisi ruang gaji pada aplikasi pengiraan tersebut bagi membolehkan perhitungan pemindahan gaji baru dibuat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lalu, telah mengumumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum SSM berikutan pemansuhan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm
0 comments:
Post a Comment