PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Tuesday, April 14, 2026

Dokumentasikan Sejarah Keluarga Dengan Berhemah

 


"Dokumentasikan Sejarah Keluarga Dengan Berhemah" yang ditulis oleh pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Yusry Sulaiman, menekankan kepentingan memelihara dan merakam salasilah keturunan serta memori warisan keluarga secara beretika dan penuh berhemah untuk dijadikan rujukan generasi akan datang. [1, 2]

Penulisan yang diterbitkan sekitar pertengahan April 2026 ini menggariskan beberapa intipati penting:

Pemuliharaan Warisan: Mendokumentasikan sejarah salasilah keluarga supaya kisah dan pengorbanan generasi terdahulu tidak luput ditelan zaman.

Etika dan Berhemah: Penulisan atau pengumpulan maklumat sejarah keluarga perlu dilakukan dengan penuh beretika bagi menjaga privasi, sensitiviti, dan maruah setiap individu dalam susur galur tersebut.

Sumber Rujukan: Menyediakan pendedahan mengenai latar belakang keluarga kepada anak cucu, sekali gus memupuk nilai kasih sayang dan perpaduan dalam institusi kekeluargaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai panduan dan penerbitan berkaitan penyelidikan sejarah serta susur galur, anda boleh merujuk arkib penulisan beliau di UUM Repository atau membaca karya beliau melalui arkib akhbar rasmi Berita Harian.

Berikut adalah teks lengkap yang telah diekstrak daripada imej keratan akhbar 

Dokumentasikan sejarah keluarga dengan berhemah

Dr Yusry Sulaiman, Unit Kenegaraan, Sejarah & Gunaan, Pusat Pengajian Bahasa, Tamandun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia

Ramai menyangka sejarah hanya dalam bentuk catatan besar seperti perjanjian politik, tokoh negara, perang dan perubahan kuasa.

Hakikatnya, ada warisan khazanah senyap yang jarang diberi perhatian, iaitu sejarah kekeluargaan yang mengisahkan pengalaman kehidupan nenek, datuk dan ibu bapa.

Sejarah kekeluargaan bukan sahaja sekadar salasilah nama atau perkongsian cerita di meja makan, malah ia dapat merakamkan bagaimana rakyat biasa menghadapi penjajahan, kemiskinan, migrasi, bencana alam, perubahan ekonomi dan pembentukan negara bangsa.

Justeru, kisah berpindah dari kampung ke bandar, bekerja di lombong, ladang mahupun laut hingga membesarkan anak dalam keadaan serba kekurangan menjadi sejarah sebenar dalam masyarakat.

Dalam perspektif sejarah gunaan, sejarah kekeluargaan berfungsi sebagai jambatan antara masa lalu dengan keperluan semasa kerana dapat membantu dalam memahami mengapa sesuatu komuniti bersikap tertentu, bagaimana jurang sosial wujud dan nilai kekeluargaan membentuk daya tahan masyarakat.

Apa tidak tercatat dalam dokumen rasmi, biasanya selalu hidup dalam keluarga. Hal ini perlu diberikan perhatian kerana negara seperti Malaysia terbina daripada kepelbagaian etnik, wilayah dan pengalaman.

Bagi kawasan kampung, sejarah kekeluargaan juga tersimpan dalam cerita lisan, termasuk membabitkan tanah pusaka, adat perkahwinan, pengalaman merantau atau konflik yang pernah berlaku.

Di kawasan bandar pula, ia hadir dalam naratif mobiliti sosial, pendidikan dan perjuangan ekonomi. Semua ini mencerminkan sejarah dari bawah yang selalu terlepas daripada buku teks.

Alat pembelajaran berkesan

Dalam pendidikan, sejarah kekeluargaan boleh dijadikan alat pembelajaran berkesan, iaitu pelajar diminta menemubual ahli keluarga dan meneliti foto lama atau dokumen persendirian, sekali gus membantu pelajar bukan sahaja dalam konteks sejarah, bahkan membina empati, pemikiran kritikal dan penghargaan terhadap identiti sendiri.

Sejarah sebenarnya adalah usaha kita mendekati diri sendiri dan tidak menumpukan tarikh atau fakta semata-mata. Dalam pembangunan komuniti, ia menyumbang kepada pemeliharaan warisan tidak ketara yang dapat menguatkan jati diri tempatan, membina rasa memiliki dan menyokong usaha dokumentasi sejarah setempat.

Dalam dunia semakin homogen akibat globalisasi, memori keluarga menjadi benteng halus mempertahankan kepelbagaian budaya. Namun, sejarah kekeluargaan juga perlu ditangani secara beretika.

Kita tidak hanya merakam kenangan indah, sebaliknya ada yang menyentuh trauma, konflik dan kehilangan. Oleh itu, penceritaan sejarah harus dilakukan dengan hormat, berhemah dan bertanggungjawab atas dasar bukan untuk menghakimi, tetapi untuk memahami.

Realitinya, sejarah kekeluargaan mengingatkan sejarah bukan milik arkib dan muzium semata-mata, tetapi penting dalam hidup seperti dalam cerita seorang manusia biasa.

Dengan mengangkat sejarah kekeluargaan sebagai sebahagian sejarah gunaan, kita bukan sahaja memperkaya wacana, tetapi dapat memperkukuhkan hubungan antara generasi dan masyarakat.


Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/