Wednesday, February 23, 2011

Sistem Selangkah UiTM memasuki Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT), MAMPU



Dikhabarkan Sistem Selangkah http://www.selangkah.uitm.edu.my yang dibangunkan oleh UiTM telah berjaya menjadi 3 finalis akhir untuk Anugerah Inovasi ICT (AIICT) MAMPU 2010 dimana  Lawatan Panel Penilai AIICT dari MAMPU dikatakan akan dibuat pada 25 Feb. 2011 (Jumaat) di UiTM. Tahniah di ucpakan kepada Encik Abdul Hamid Othman dan Team Selangkah , PSMB, UiTM..... bermula dari selangkah dan seterusnya ..... Sistem Semakan Syarat Kelayakan Program IPTA (i-MAS-C-U) http://imascu.upu.mohe.gov.my/ pula bagi tahun 2011


Pengenalan Anugerah 
Pada tahun 1999, Anugerah Perdana Teknologi Maklumat (APTM) telah diperkenalkan. Anugerah ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan yang diberi kepada sesuatu organisasi yang menunjukkan kecemerlangan dalam pelaksanaan dan penggunaan berkesan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). APTM telah dianjurkan bersama oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri dan Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM).

    Pada tahun 2007, APTM telah digantikan dengan Anugerah Kualiti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AKICT) yang diperkenalkan di bawah struktur baru Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA). Mesyuarat Panel Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan (Panel 3P) pada 2 November 2009 telah bersetuju supaya satu kaedah pengiktirafan yang baru diperkenalkan bagi Sektor Awam. Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) telah diperkenalkan bagi menggantikan AKICT.

     Pemilihan pemenang dan Majlis Penyampaian Anugerah kepada pemenang akan dilaksanakan secara tahunan di dalam Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam.


TAFSIRAN INOVASI
Dalam konteks perkhidmatan awam, inovasi boleh ditafsirkan sebagai cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Idea-idea tersebut yang bersifat radikal boleh diperoleh dari dalam dan luar atau melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea baru atau diadaptasi untuk digunapakai mengikut keperluan jabatan atau agensi. Inovasi yang dihasilkan hendaklah berupaya menambah nilai output semasa serta membawa transformasi dan perubahan kepada amalan sedia ada. Inovasi boleh berbentuk produk, perkhidmatan, proses atau teknologi.
Dalam konteks teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), inovasi merangkumi aplikasi, perkakasan, kandungan tempatan dan creative multimedia.





OBJEKTIF

  • Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada organisasi di atas inisiatif inovasi yang telah dilaksanakan serta telah berjaya memanfaatkan ICT.
  • Memprofil pelaksanaan ICT yang inovatif bagi menggalakkan  perkongsian maklumat melalui benchmarking.
  • Mencetuskan persaingan positif dalam carta kedudukan (ranking) di kalangan organisasi dalam penggunaan ICT ke arah kecemerlangan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.

maklumat lanjut


http://www.mampu.gov.my/aiict/



Reactions:

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/