Saturday, February 12, 2011

Mentauladani Kepimpinan Rasululah - Masjid Negeri Selangor , Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah





Forum Perdana 


Tarikh : 12 Febuari 2011 / 9 Rabiul Awal 1432 (Sabtu)
Tajuk : Mentauladani Kepimpinan Rasululah - 
Tempat: Masjid Negeri Selangor , Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Waktu: Selapas Solat Isyak


Antara dalil2 al-Quran yang menyatakan Rasulullah SAW sebagai suri teladan(Qudwah Hasanah):

Surah al-Ahzab,ayat 21:

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا (٢١

Tafsirnya:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). "
Surah al-Qalam, ayat 4:

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ۬ (٤)

"Sesungguhnya pada dirimu (wahai Muhammad) terdapat akhlak yang agung."


QUDWATUN HASANAH
MUQADDIMAH


ASAS-ASAS KELAKUAN DAN ADAB MU'MIN


1.Dari Abu Hurairah r.a katanya: " Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sebaik-baik Islam seseorang itu adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena mengena dengannya.”

Asas pertama ialah kita hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang tiada kena mengena dengan kita sebagai muslim. Maka kesimpulannya, Al Qur'an dan As Sunnah lah yang menjadi kayu ukur sama ada sesuatu itu ada kena mengena dengan kita atau tidak.

2.Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai bagi saudaranya sama seperti ia menyintai bagi dirinya sendiri.

Asas kedua yang hendak dibincangkan ialah berkenaan cara berkasih sayang dan bercinta sesama manusia dalam Islam.

Namun begitu, cinta dan sayang kita kepada apa yang ada pada diri kita ataupun yang ada pada saudara kita haruslah tidak melebihi cinta kita kepada Allah dan Rasulnya kerana ia boleh membawa murtad sekiranya kita ucap atau iktiqad begitu.

3.Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri... ."

Asas yang ketigaialah bercakapdengan perkataan yang baik ataupun diam sahaja.


4.Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : " Jangan marah ! "

Asas yang keempat ialah menahan diri daripada perasaan marah. Adapun marah kerana agama, maka ia adalah dituntut. Contohnya, kita marahkan anak kita kerana tidak menunaikan solat.Maka perbuatan itu adalah bertujuan untuk mendidik. Hendaklah kita membezakan antara marah kerana emosi dengan marah kerana mendidik



via http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4050.0

Reactions:

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/