Saturday, February 26, 2011

Kanak-kanak lebih tahu menghargai buku - LAPORAN KHAS


KUALA LUMPUR 25 Feb. - Kajian terhadap tabiat membaca di kalangan pengguna perpustakaan desa mendapati, kanak-kanak lebih menghargai buku apabila mereka merupakan golongan teramai mengunjunginya.

Soal selidik ke atas 800 pengguna perpustakaan desa di seluruh negara oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menunjukkan, responden 10 hingga 12 tahun tertinggi iaitu 263 orang atau 33 peratus.
Ini diikuti responden 13 hingga 19 tahun iaitu 254 orang (31.7 peratus), 20 hingga 40 tahun (25.7 peratus), 41 hingga 50 tahun (7.6 peratus) dan 16 responden, 51 tahun ke atas.

Responden paling ramai pula kaum Melayu iaitu 96 peratus (768 orang) diikuti Cina, 2.6 peratus (21 orang), India, 1.1 peratus (sembilan orang) dan lain-lain (tiga orang).

Sebanyak 97 peratus atau 773 orang responden suka membaca manakala tiga peratus tidak suka membaca.
Terdapat empat tujuan utama membaca iaitu menambah ilmu (34.3 peratus), mengisi masa lapang (26.6 peratus), tujuan pembelajaran (19.6 peratus) dan mendapatkan keseronokan (15.7 peratus).
Hanya 51 orang yang memilih membaca untuk tujuan pekerjaan.

Seramai 699 (70 peratus) responden memilih bahan bacaan bercetak seperti buku dan majalah sebagai bacaan digemari, 225 orang (22 peratus) memilih bacaan dalam talian.

Walaupun kajian ini meliputi ahli perpustakaan desa namun terdapat kelompok responden yang mengakui tidak suka membaca (27 orang).

Antara alasan atau faktor diberi ialah tiada masa lapang (lima orang) dan lebih berminat kepada aktiviti lain (22 orang).

Perlu dinyatakan, keahlian perpustakaan desa di seluruh negara ketika ini adalah kira-kira 1.3 juta orang.
Reactions:

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/