Monday, December 13, 2010

KURSUS ICT PTAR Siri 1 & 2













Dimaklumkan bahawa Jabatan Pengurusan sistem & Teknologi Maklumat (JPSTM) PTAR akan menganjurkan program Kursus ICT. Butir-butir program adalah seperti berikut :



Kursus ICT Siri 1.
Tarikh     :    14 - 15 Disember 2010 (Selasa - Rabu)
Tempat    :    Pusat IT
Masa       :    8.30pg - 5.00 ptg
Penceramah :  EN. HAMIDI,  HJ. AZIZI,  PN RIZANA dan  EN FAIZAR. Mereka akan dibantu oleh fasilitator.

Kursus ICT Siri 2.
Tarikh     :    21 - 22 Disember 2010 (Selasa - Rabu)
Tempat    :    Pusat IT
Masa       :    8.30pg - 5.00 ptg
Penceramah :  EN. HAMID,  EN. NAZRI  dan  EN FAIZAR. Mereka akan dibantu oleh fasilitator.




Tajuk Kursus
Kursus ICT (perisian dan perkakasan) Staf Perpustakaan UiTM Shah Alam
Pengenalan
ICT telah banyak membantu manusia dalam aktiviti kehidupan yang menjadikan kerja-kerja mereka lebih efektif dan boleh dipercayai. Di antara aktiviti yang telah mendapat manfaat ICT adalah aktiviti perniagaan, perbankan, pentadbiran, kejuruteraan, seni bina, pendidikan, pertahanan dan banyak lagi. Tidak ketinggalan pula aktiviti-aktiviti dalam perkhidmatan perpustakan kepada pelanggan melalui kemudahan ICT.
Definisi Maklumat
Menurut Paisley dan Chen (1982) dipetik daripada Brown (1997), "Information can be defined both structurally and functionally. Structurally it is a system of encoding a message so that it can be stored, retrieved and manipulated, and functionally it is something that alters a person's cognitive organisation".

Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.
Definisi ICT
ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat
Fungsi & Kepentingan ICT
1.     Memberi panduan secara berkesan untuk mendapatkan sesuatu bahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PTAR.
2.     Memudahkan pencarian sesuatu bahan atau sumber maklumat dengan cekap dan berkesan.
3.     Membantu di dalam mengenalpasti lokasi sesuatu bahan yang dikesan.
4.     Memberitahu perhubungan di antara sesuatu bahan atau sumber maklumat dengan bahan atau sumber maklumat yang lain.
5.     Menyediakan suatu pandangan yang menyeluruh kepada pengurusan ICT
Objektif Kursus
1.     Untuk  memberi kefahaman dan kemahiran mengenai aspek-aspek Pengurusan  Sistem & Teknologi Maklumat
2.     Untuk  memberi kefahaman dan kemahiran mengenai aspek-aspek  Pengurusan  Sistem Perpustakaan
3.     Untuk  memberi kefahaman dan kemahiran mengenai aspek-aspek  Pembangunan Sumber Digital Koleksi Perpustakaan (Pendigitan)
4.     Untuk  memberi kefahaman dan kemahiran mengenai aspek-aspek  Pembangunan Sumber Digital Koleksi Perpustakaan (Pendigitan)
5.     Untuk  memberi kefahaman dan kemahiran mengenai aspek-aspek  Pembangunan Dan Penyelidikan Sistem Perpustakaan.

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/