Wednesday, December 15, 2010

Keputusan Malaysia vs Vietnam Separuh Akhir 1, Piala Suzuki 2010



Perlawanan Piala AFF Suzuki 2010 diantara Malaysia dan Vietnam pada peringkat separuh akhir sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia dimana pusingan pertama dilangsungkan di Stadium Bukit Jalil.


Keputusannya memihak kepada pasukan Malaysia yang berjaya membenam Vietnam 2-0 dengan kedua-dua jaringan yang disumbangkan oleh Mohd Safee Sali. Kedua2 jaringan tersebut dilakukan pada separuh masa kedua di mana gol pertama adalah kesilapan penjaga gol Vietnam yang gagal menangkap atau menepis dengan kemas tandukan dari Mohd Safee Sali yang melantun masuk ke dalam gawang Vietnam.


Gol kedua pula hadir apabila rembatan pemain Malaysia yang berjaya ditampan keluar oleh penjaga gol Vietnam. Follow up yang pantas oleh Mohd Safee Sali sekali lagi berjaya membolosi gawang Vietnam. Permainan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain Malaysia sangat memberangsangkan dan diharap dapat meningkatkan pesembahan mereka pada pusingan kedua nanti di Vietnam.
Reactions:

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/