Tuesday, December 07, 2010

AFF Suzuki Cup 2010 Malaysia vs Laos 5 - 1 Group A

AFF Suzuki Cup 2010 Group A Malaysia vs Laos 5 - 1
Malaysia menang bergaya, 5-1 ke atas Laos dalam Perlawanan Piala AFF Suzuki 2010 malam tadi. Indonesia juga berjaya menewaskan Thailand 2-1.
Kemenangan malam ini menyaksikan Malaysia berjaya menempah tiket ke separuh akhir Piala Suzuki 2010 nanti. Syabas Malaysia!
goal by
Malaysia: Amri Yahyah 4', 41', Amirulhadi Zainal 74', Nohshahrul Idlan 77', Mahalli Jasuli 90'
Laos: Lamnao Singto 8'

Venue
Jaka Baring Stadium, Palembang, Indonesia

Comment by coach
K.Rajagobal (Malaysia)
"We were receiving updates about the other match throughout our game and it was only in the last few minutes that we found out that Indonesia were winning and that we were going through."

David Booth (Laos)
"It's hard enough when you are trying to win the game and then you make those sorts of errors. It was very disappointing because we attacked very well but then we just gave it away. There's nothing much more I can say really."



Perikan dari Kosmo:



Malaysia Boleh!. Begitu komen ringkas tetapi penuh semangat daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ekoran kejayaan skuad bola sepak negara menumpaskan Laos 5-1 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF di Stadium Jaka Baring, Palembang kelmarin.
Dengan kemenangan bergaya itu, skuad negara melangkah ke peringkat separuh kejohanan tersebut.
"Malaysia Boleh!. Semalam (kelmarin) anak-anak buah saya bermain dengan baik sekali.
"Saya ucapkan tahniah kepada mereka kerana telah berjuang dengan penuh semangat sekali gus layak ke separuh akhir," titah baginda selepas menghadiri taklimat menghadapi banjir di Wisma Sri Pahang, Kuantan semalam.
Baginda yang tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan tersebut tidak menyangka keputusan akhir perlawanan dihadiahkan oleh skuad negara itu sedikit tersasar daripada ramalan baginda.
Bagaimanapun baginda bertitah, apa yang penting ialah skuad bola sepak Malaysia berjaya memenangi perlawanan dan mampu melangkah lebih jauh pada kejo- hanan tersebut.
"Semasa saya makan dengan seorang rakan, saya beritahu dia yang pasukan kita akan menang 4-1 tapi rupanya 5-1, memang di luar jangkaan saya," titah baginda.
Dengan keputusan itu, Indone- sia muncul juara Kumpulan A dengan sembilan mata diikuti Malaysia di tangga kedua (empat mata), Thailand ketiga (dua mata) manakala Laos menamatkan saingan di kedudukan tercorot dengan satu mata.
Malaysia selaku naib juara Kumpulan A akan berhadapan juara Kumpulan B iaitu sama ada Filipina, Vietnam atau Singapura (15 Disember) di Stadium Nasio- nal, Bukit Jalil dan di tempat lawan pada 18 Disember ini.

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/