Pada tahun ini Makmal Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2016-2020 diadakan di Avillion Legacy Hotel, Melaka anjuran bersama Bahagian Perancangan Strategik, Jabatan Pengurusan Perpustakaan PTAR.
Sekali lagi saya dijemput hadir bersama terlibat dalam Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2016-2020 ianya merupakan susulan Bengkel Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2011 - 2015 di Crystal Ballroom, Hotel Bayview Beach Resort , Penang pada pada 21-24 Mac 2012 yang lalu dimana pelbagai pencapaian dan ketidakcapaian berlaku .... haa... haa bukan semua mampu dicapai namun tak mustahil pun untuk mencapainya , semuanya dengan kehendak yang maha esa jua, kita hanya mampu merancang dan melaksanakan mana yang termampu.
Kali ini melibatkan 55 orang Pegawai dari Kumpulan Pengurusan & Profesional seluruh Perpustakaan UiTM termasuk dari cawangan dan beberapa wakil dari kampus PFI. Program kali telah dirasmikan oleh Prof. Ir. Dr. Hj. Abdul Rahman Omar, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi
Program ini bertujuan untuk membangunkan perancangan strategik Perpustakaan UiTM yang meliputi 41 buah Perpustakaan. Hasil bengkel ini akan menghasilkan projek insiatif yang bakal dijalankan bagi tempoh 5 tahun iaitu 2016 hingga 2020.
Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memperkukuhkan operasi dan prestasi perkhidmatan PUiTM yang strategik berdasarkan hala tuju, visi dan misi universiti seperti yang digariskan di dalam RM-Ke 11 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi).
Pada siri pertama dan siri kedua yang berlangsung pada bulan Ogos & September 2015, para peserta telah membuat perbincangan secara terperinci mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Siri ketiga yang berlangsung dari 8-10 Disember 2015 menyaksikan pembentangan setiap kumpulan dan dipanelkan oleh Ketua Pustakawan UiTM, En. Noor Hidayat Adnan dan jemputan khas dari Pusat Perancangan dan Maklumat Strategik, Dr. Hj. Saiful Farik Mat Yatin, Ketua Perancangan Strategik (Pengurusan Maklumat).
Foto sekitar bengkel
0 comments:
Post a Comment