Semalam saya telah dijemput menghadiri Majlis Kemuncak Bulan Inovasi UiTM 2015 sambutan Hari Inovasi yang diadakan saban tahun antara lain bagi menggantikan Hari Kualiti yang telah bermula pada tahun 2010 dan ianya adalah selaras dengan usaha kerajaan bagi menjadikan inovasi sebagai salah satu agenda Transfomasi dan Kaedah Strategi Lautan Biru dan seterusnya menjadi suatu budaya dalam mentransformasikan sektor awam
Alhamdulillah usaha team Jawatkanuas AKNC PTAR yang berbaloi2 tidak sia-sia kita berbengkel menyediakan segala dokumen akhirnya Perpustakan Tun Abdul Razak (PTAR) telah dinobatkan sebagai Juara Peringkat Bahagian dan Juara Keseluruhan AKNC UiTM 2015 dalam Majlis Kemuncak Bulan Inovasi UiTM yang berlangsung pada hari ini (23 Disember 2015).
Bagi kesekian kalinya Perpustakan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menjuarai empat (4) daripada lapan (8) kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2015 lalu menjadi juara Kategrori Bahagian/Unit dan seterusnya Juara Keseluruhan AKNC UiTM 2015
1. Kriteria 4 - Pengukuran, Analisis & Pengurusan Pengetahuan
2. Kriteria 6 - Tumpuan Kepada Proses
3. Kriteria 7 - Hasil Pencapaian
4. Kriteria 8 - Inovasi
Tahniah diucapkan kepada Warga PTAR di atas usaha bersama untuk kemenangan AKNC ini. terutama kepada rakan kumpulan saya kriteria 8 -Inovasi akhirnya kita berjaya membawa piala kriteria inovasi yang belum pernah kita menangi pada AKNC sebelum ini.
Berikut adalah senarai kemenangan yang pernah dicapai oleh PTAR dalam AKNC sebelum ini
Berikut pula senarai lengkap kemenangan AKNC tahun ini
Tahniah PTAR - Johan Bahagian & Keseluruhan.
Tahniah ACIS - Johan fakulti.
Tahniah UiTM Trengganu - Johan Kampus Negeri
Foto sekitar Majlis Kemuncak Bulan Inovasi UiTM 2015
0 comments:
Post a Comment