Monday, December 21, 2015

Penembusan internet di Malaysia


Malaysia di tangga keempat

MALAYSIA mampu menempatkan diri dalam kedudukan tangga keempat dalam Indeks Internet Mampu Milik 2015.
Putrajaya is concentrating on 95% Web protection with the concentrate on rural areas by 2020, stated Communications and Multimedia Minister




Servis tidak setanding bayaran

PADA hari ini, internet menjadi medium perhubungan dan komunikasi penting kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Kita menjadi hamba kepada internet kerana kepentingannya, dunia tanpa sempadan dan maklumat hanya di hujung jari.

Kita seolah-olah tidak boleh hidup tanpa internet dan segelintir tidak boleh menerima kenyataan hidup tanpa internet, sepi.

Internet menjadi pilihan kerana elemen kepantasan merentasi seantero dunia dalam menghebahkan maklumat terutamanya di media sosial seperti facebook, instagram, twitter, blog dan laman web.

Mengakui kepentingan internet bagi sebuah negara maju, dan sewajarnya seiring dengan perkhidmatan terbaik  pada harga berpatutan.

Malaysia dilihat terkebelakang dalam perkhidmatan internet berbanding negara jiran seperti Thailand dan Singapura.

Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Awam Denai Hati Network Sdn Bhd, Hisyamudin Fadzil berkata, setakat ini, Telekom Malaysia Berhad (TM) yang menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, Unifi adalah terbaik dan capaiannya adalah 20 megabait sesaat (mbps) dengan caj yang dikenakan melebihi RM100.

Berbanding capaian internet di Singapura adalah 500 mbps ke satu gbps dan Thailand pula adalah 44 mbps ditambah syarikat-syarikat telekomunikasi (Telco) di negara tersebut menawarkan pelbagai pakej.

“Kita tidak mencapai tahap diimpikan iaitu capaian pantas dengan kadar pembayaran berbaloi. Jika negara jiran, dengan capaian kelajuan internet yang sama, tetapi harga dikenakan lebih murah,” katanya.

Di Singapura untuk 500 mbps, caj yang dikenakan adalah S$60 (RM183.60) sahaja berbanding Malaysia 20 mbps bersamaan RM249.

Ditambah mengenai monopoli syarikat tertentu dalam menyediakan perkhidmatan internet, ia adalah isu lama dan majoritinya adalah milik TM.

“Apabila syarikat tertentu memonopoli dan memegang majoriti kawasan liputan, ia dapat mengawal harga kerana tidak ada pesaing boleh menawarkan harga lebih rendah.

TM memegang majoriti laluan telefon dan internet di Malaysia dan memberikan perkhidmatan internet di kawasan liputan tertentu dengan memberikan kepada Telco tertentu sahaja," katanya.

Internet di Malaysia boleh murah atau mempunyai kelajuan sama dengan negara lain jika adanya kerjasama Telco dengan syarikat swasta lain.

“Banyak Telco menyediakan perkhidmatan internet membantu mereka bersaing secara sihat namun liputan kawasan terhad kerana perjanjian atau kontrak tertentu dengan kerajaan, ia akan menawarkan harga lebih murah. Sekarang kabel fiber diperlukan,” katanya.

Untuk menyediakan internet laju dengan harga murah, syarikat Telco perlu meluaskan pasaran liputan, tidak terhad hanya di kawasan tertentu sahaja.
“TM perlu meningkatkan capaian internet dengan menawarkan 30 sehingga 50 mbps tetapi harga ditawarkan agak mahal.

Alasan sering diungkap adalah berkaitan infrastruktur, geografi, muka bumi Malaysia menyebababkan kabel susah nak masuk menjadikan internet tidak dicapai sepenuhnya.

"Pengguna tidak dapat apa yang dikatakan iaitu  internet terbaik di negara ini kerana ia masih tidak stabil dengan keadaan yang sebetulnya,” katanya.

Kawasan di luar Lembah Klang tidak menerima kelajuan internet, purata capaian di Malaysia lima hingga enam mbps masih tidak baik berbanding capaian internet yang baik 50 hingga 60 mbps seluruh negara.

Rasa tertipu, terikat kontrak

Pekerja swasta, Fahd Muzaid Zakaria berkata, berdepan kes bayaran mahal pakej internet yang disediakan syarikat telekomunikasi tetapi mendapat perkhidmatan tidak seperti dijanjikan adalah perkara biasa.

Sudahlah berdepan tahap kelajuan internet perlahan tetapi bayaran mahal. Jika mahu hentikan perkhidmatan tersebut perlu menghabiskan kontrak yang dimeterai sebelum ini.

“Keadaan ini seperti tertipu. Aduan yang disuarakan kepada syarikat penyedia perkhidmatan internet untuk memotong perkhidmatan yang digunakan tidak dapat dilaksanakan kerana terikat dengan kontrak sebelum ini,” katanya.

Menggunakan beberapa perkhidmatan internet sebelum ini menghadapi pengalaman sama apabila bayaran dikenakan tidak berbaloi namun perkhidmatan yang disediakan perlahan.

“Pelbagai janji ditabur untuk menjual produk. Kita akan tertarik dengan janji manis namun hampa apabila ia tidak seperti dijanjikan.

Walaupun penggunaan data internet tidak seberapa, namun kuota yang digunakan cepat habis, malah bil diterima akan tepat pada masanya,” katanya.

Bagaimanapun, kerana kepentingan internet pada masa kini menyebabkan dia tiada pilihan dan terpaksa menggunakan data internet daripada syarikat Telco yang dianggap terbaik padanya.

Bagi pekerja swasta, Norlida Shaari, rata- rata pengguna mengadu liputan perkhidmatan internet dan data daripada syarikat-syarikat telekomunikasi bermasalah serta mengalami kesukaran menghubungi perkhidmatan pelanggan syarikat tersebut walaupun menggunakan talian tetap.

Masalah perkhidmatan internet atau data syarikat telekomunikasi seperti Celcom Axiata Bhd (Celcom), Maxis Bhd (Maxis) dan Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) serta Yes menjadi topik bualan di laman sosial.

“Biasanya, sekejap ada internet ni, sekejap tidak ada. Terpaksa tutup dan buka semula telefon mudah alih untuk mendapatkan internet. Kadang-kadang saya berada di sebuah kawasan liputan syarikat Telco yang saya guna, malangnya capaian internet tetap perlahan.

“Ada kawan-kawan saya pernah terkena dengan sebuah Telco. Pembelian kuota internet lima GB untuk seminggu namun ia tidak boleh digunakan dalam tempoh tersebut,” katanya.

Selalunya pelbagai ganjaran ditawarkan syarikat Telco kepada pelanggan antaranya menyediakan lapan GB namun tidak seperti dijanjikan.

“Kerajaan perlu buat sesuatu untuk tambah baik tahap kelajuan internet di Malaysia dengan menawarkan harga yang sesuai,” katanya.

RM1.2 bilion tambah baik infrastruktur telekomunikasi

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) disediakan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion bagi menambah baik infrastruktur telekomunikasi negara pada tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peruntukan itu antara lain untuk menaikkan kelajuan internet luar bandar kepada empat kali ganda daripada lima megabit sesaat (Mbps) kepada 20 Mbps.

“Peruntukan tersebut turut meliputi kos membangunkan Insfrastruktur Tulang Belakang Fiber Negara (National Fiber Backbone Infrastructure), jalur lebar berkelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut,” katanya ketika membentangkan Bajet 2016 bertema ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’ di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Menyentuh mengenai program mensejahterakan penduduk luar bandar, beliau berkata, kerajaan akan terus melaksanakan usaha pembangunan infrastruktur kawasan tersebut yang telah menjadi keutamaan kerajaan sejak merdeka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Berhad (TM), Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, TM akan terus melabur dalam pembangunan komunikasi luar bandar secara menyeluruh dan memperluaskan perkhidmatan jalur lebar.

"Kita akan meluaskan liputan jalur lebar di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak. Kita juga akan meluaskan kawasan yang berimpak tinggi dan melibatkan industri besar di seluruh negara," katanya.

Sasar kemudahan lebih baik

PRESIDEN Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM), Mohd Azrul Mohd Nor, menyasarkan kemudahan internet akan lebih baik dan murah dalam masa lima tahun akan datang.

Mohd Azrul berkata, peningkatan aspek telekomunikasi penting kerana kemajuan e-dagang yang pesat di negara dan perniagaan atas talian (online) sekali gus membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia. 

Bagaimanapun, dengan keadaan capaian internet di negara ini yang masih agak terkebelakang berbanding negara membangun lain, namun dikenakan caj mahal menyebabkan ia tidak dapat diterima pelbagai pihak.

“Kerajaan boleh menyelaraskan kelajuan internet dengan memberikan kemudahan kepada rakyat menggunakan i cloud iaitu satu dokumentasi lebih pantas yang membantu rakyat Malaysia khususnya peniaga untuk meningkatkan jualan produk,” katanya.

Tambahnya, syarikat telekomunikasi juga boleh mengeluarkan pakej internet tertentu yang memberikan kebaikan kepada pengguna dengan menawarkan harga murah.

Syarikat penyedia perkhidmatan internet boleh meningkatkan teknologi sedia ada walaupun menelan kos tinggi.

“Ia memerlukan kos yang besar untuk berbuat demikian namun ia memberikan kebaikan dalam jangka masa panjang, sekali gus memberikan keuntungan kepada syarikat dan pengguna.

“Masalah kelajuan internet perlahan bukanlah perkara baharu dan ia memberi kesan kepada usahawan di bawah PUIM. Saya berharap TM akan melakukan penambahbaikan secepat mungkin tahap perkhidmatan internet.

“Internet yang laju memberi kesan besar kepada usahawan. Kelajuan internet mengikut kawasan sangat berbeza, setakat ini, Unifi paling laju,” katanya.
Harga penggunaan internet yang digunakan ialah RM260 bagi 10 mbps tetapi hanya untuk perniagaan.

“Perkhidmatan internet kini lebih baik berbanding sebelum ini kerana untuk memuat turun video tidak mengambil masa lama. Kebanyakan usahawan memuat turun video untuk mempromosikan produk mereka kerana ia lebih efektif,” katanya.

Pernah terjadi penggunaan perkhidmatan internet adalah 30 mbps namun sebenarnya hanya digunakan lima mbps sahaja.

“Ia masih perlahan kerana purata kelajuan internet di Malasyia melalui sumber-sumber tertentu ialah 4.3 sahaja,” katanya.

Mohd Azrul mencadangkan, syarikat telekomunikasi TM iaitu penyedia infrastruktur terbesar perlu meningkatkan kualiti perkhidmatan internet di pasaran, keluarkan produk lebih baik.

“Jika dibandingkan dengan beberapa negara luar seperti Singapura, Thailand dan Filipina, harga internet murah berbanding Malaysia tetapi kelajuan rendah,” katanya.

Setakat ini, syarikat yang berdaftar dengan PUIM adalah 3221 dan usahawan internet di Malaysia sebanyak 21,000 yang berdaftar.


Malaysia di tangga keempat

MALAYSIA mampu menempatkan diri dalam kedudukan tangga keempat dalam Indeks Internet Mampu Milik 2015.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dipetik daripada blognya, kedudukan itu meletakkan Malaysia di hadapan negara-negara seperti Thailand (kedudukan ke-13), Vietnam (22), China (23), Pakistan (25), Indonesia (27), dan Filipina (29).

“Malaysia ketinggalan di belakang Costa Rica, Colombia dan Turki dalam kategori bahagian negara membangun dalam indeks tersebut,” katanya dalam blog sskeruak.blogspot.my.

Malaysia menduduki ranking kelima dalam kategori indeks kecil infrastruktur komunikasi di belakang Colombia, Peru, Brazil dan Turki.

“Indeks tersebut adalah kajian daripada badan antarabangsa, ‘Alliance for Affordable Internet (A4AI)’ dengan tujuan memahami usaha-usaha oleh kerajaan dalam memastikan akses internet lebih berpatutan, mudah dan sejagat.

Indeks berkenaan meliputi 51 negara memuncul dan membangun dan terdapat 30 syor dasar terperinci bagi pemegang kepentingan termasuk kerajaan dan pemain sektor perniagaan untuk meningkatkan kedudukan ranking di bawah indeks tersebut.

Malaysia turut diiktiraf sebagai peneraju global dalam penggunaan pemesejan segera (IM) di mana 77 peratus rakyat Malaysia menggunakannya setiap hari diikuti Singapura (76 peratus) dan Thailand 74 peratus oleh Frost and Sullivan Asia-Pacific (Apac)

Kenyataan itu diambil daripada Ketua Industri bagi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Naveen Mishra.

Ini berdasarkan telefon pintar berkembang dengan ketara sejak beberapa tahun ini. Pada 2014, ia mencecah 51.6 peratus daripada 38 peratus pada 2013. Lebih 21 juta penduduk menggunakan telefon pintar dan persaingan kuat dalam pasaran menjadikan internet mampu milik di sediakan.

Rakyat Malaysia agak celik teknologi dan masyarakat pelbagai peringkat umur mampu menguasai aplikasi IM dengan cepat.


U Mobile tingkatkan perkhidmatan Internet

U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) menjangka akan melaburkan kira-kira RM4 bilion dalam tempoh lima tahun bagi meningkatkan kualiti perkhidmatannya di negara ini sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan jualan dan langganan kad prabayar dalam tempoh tersebut didorong oleh pelancaran produk baharu.

Ketua Pegawai Teknologinya, TJ Too berkata, setiap tahun syarikat memperuntukkan kira-kira RM700 hingga RM800 juta untuk modal perbelanjaannya bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya di seluruh negara.

Menurutnya, pengendali komunikasi tersebut mempunyai empat juta pelanggan aktif ketika ini dan kira-kira 90 daripadanya merupakan pelanggan prabayar.

“Peningkatan penggunaan data dalam kalangan rakyat Malaysia yang mana kira-kira 16.5 juta pengguna aktif internet di peranti mudah alih di negara dijangka menjadi pemacu kepada pertumbuhan tersebut,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Too berkata, setakat ini, U Mobile mempunyai 1,000 kawasan liputan 4G LTE dan menjangkakan ia akan mencapai 5,000 kawasan menjelang lima tahun akan datang. “Kebanyakan 1,000 kawasan itu meliputi Lembah Klang, Putrajaya, Seremban, Port Dickson dan Johor Bharu.

Kami menyasarkan akan meluaskan kawasan liputan ke beberapa negeri antaranya Kelantan, Pahang dan Terengganu, Pulau Pinang pada 2016 serta Melaka pada 2017.

“Kami juga merancang untuk memperkenalkan 5G LTE pada 2021 dan kini kami sedang menjalankan kajian, penyelidikan dan pembangunan mengenainya,” katanya. Too berkata, setakat ini,U Mobile mempunyai 4,700 kawasan liputan untuk 3G LTE.

“U Mobile sentiasa menerima dan cuba menyelesaikan setiap maklum balas pelanggan apabila mereka membuat aduan mengenai masalah dalam penggunaan perkhidmatan kami, “katanya.

U Mobile merupakan syarikat telekomunikasi berteraskan data. Pelanggan 70 peratus U Mobile adalah pengguna telefon pintar, dengan itu kita mahu mereka mempunyai internet dan data pengalaman yang terbaik dari segi kelajuan dan kualiti.ur lebar kira-kira 100 Megabit sesaat.

sumber  :
NORSHAHZURA MAT ZUKI & FOTO SHARIFFUDIN ABD RAHIM 16 November 2015
http://www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/servis-tidak-setanding-bayaran-1.452193



Sultan Johor tingkatkan pegangan saham dalam U Mobile 
Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj telah sedia mempunyai pegangan sebanyak 10% di dalam U Mobile sejak tahun 2014 yang lepas, dan hari ini, baginda mempertingkatkan pegangan sebanyak 5%, sekaligus menjadikan pegangan Sultan Johor di dalam U Mobile berjumlah sebanyak 15%.

Pengumuman ini hadir pada hari yang sama dimana Berjaya Assets mengumumkan mereka telah membeli 20% pegangan baki daripada Berjaya Times Square daripada Sultan Johor pada harga RM250 juta.

U Mobile merupakan syarikat telekomunikasi ke-4 terbesar di Malaysia, dan sering hadir dengan penawaran data dan pelan yang sangat menarik, serta harga yang rendah.

Dengan peningkatan pegangan Sultan Johor ini dalam U Mobile, kini menjadikan pemegang saham terbesar dalam U Mobile adalah Straits Mobile Investment sebanyak 49%, dan Tan Sri Vincent Tan pula hanya sebanyak 6.2%.

Sultan Johor juga sebelum ini turut membuat pelaburan dalam MOL Global.

https://amanz.my/2015101853/









source http://www.ecommercemilo.com/2014/04/vietnam-ecommerce-overview-and-market-size.html



Improving Internet services among my top priority, says minister

December 20, 2015 -  Datuk Seri Salleh Stated Keruak says the federal government is working in the direction of a 95% Web penetration with a give attention to rural areas.

Putrajaya is concentrating on 95% Web protection with the concentrate on rural areas by 2020, stated Communications and Multimedia Minister Datuk Seri Salleh Stated Keruak.

In his newest weblog posting yesterday, he wrote that the ministry was working in the direction of enhancing the nation’s Web penetration, which included fifty five% excessive-velocity Web.

He stated enhancing the providers was amongst his prime precedence as he was not glad with the present velocity based mostly on the newest State of the Web report from Akamai Applied sciences.

He stated his goal for enchancment would come with, not solely the protection and connection velocity, but in addition prices to the shoppers.

“Affordability is an important issue. It’s no use creating the Web service and providing extra protection and higher velocity if the price is past the attain of the shoppers. So worth shall be very a lot a think about our planning.

“I’ve requested my officers to return again with some particulars and till I can see these particulars, I will be unable to provide a time-frame as to when all this may be accomplished.”

Salleh stated the plans nevertheless, have been anticipated to be achieved by 2020 and would require investments in new and state-of-the-artwork know-how.

He acknowledged that the goal was formidable and said that correct planning and an appropriate finances would assist fulfil it.

The Akamai report launched yesterday, confirmed that Malaysians have been thought-about to be one of many “most globally related” nevertheless, Web connection velocity in Malaysia was virtually twice slower than Thailand.

Malaysia at a mean connection velocity of four.9 Mbps was ranked seventy three in a worldwide survey from July to September this yr.

Based mostly on visitors knowledge in current reviews from Ericsson, in Malaysia about 87% of Web customers already stream movies regularly and this determine is predicted to extend by subsequent yr.

Nevertheless, present connection velocity won’t be capable of meet the demand for video streaming within the nation. – December 20, 2015
http://asean-community.com/2015/12/20/improving-internet-services-among-my-top-priority-says-minister/


Improving the Internet services is amongst my top priority  Salleh Said Keruak  I have told my officers that I am not satisfied with the Internet service in Malaysia. According to the latest State of the Internet (SOTI) report, Malaysians are amongst the most globally connected people. 

However, while we can be proud of the Internet usage, and to a certain extent the coverage as well, there is still much to be desired as far as Internet speed is concerned.  Today, in many countries the world over, and that applies to Malaysia as well, the Internet is the backbone of the economy. Most of the business and communication are done on the Internet. In some countries more sales are done on the Internet compared to walk-in sales while the online news has overtaken the print news.  Malaysia’s Internet service needs to be at par with or better than the other countries and this is amongst my top priority. 

The government is aiming for a target of at least 95% Internet coverage by the year 2020 and this is what my Ministry has been told work on. And the focus has to be in the rural areas as well and not just in the urban or populated areas. More importantly, speed and not just coverage needs to also be taken into consideration.  A target of 95% Internet penetration, which will include 55% high-speed Internet, is a very ambitious target. However, with proper planning and backed with a suitable budget this can be achieved. It will also require investments in new and state-of-the-art technology.  It is not enough, however, that we talk just about coverage and speed. 

Affordability is also a crucial factor. It is no use developing the Internet service and offering more coverage and better speed if the cost is beyond the reach of the consumer. So price would be very much a factor in our planning.  I have asked my officers to come back with some details and until I can see these details I will not be able to give a timeframe as to when all this can be completed. But it must not go beyond the five years till 2020 target that has been set. This has been made clear to all concerned and we are committed into achieving it. 
source : http://sskeruak.blogspot.my/2015/10/improving-internet-service-while.html


The focus of our Internet development in Malaysia
Malaysia’s focus is speed, coverage and affordability. We want to ensure that by 2020 at least 95% of Malaysians will have access to the Internet. And we also want to ensure that at least 50% of urban areas and 20% of rural areas have broadband speeds of 100 Mbps.” 


Note the part where I said, “Malaysia’s focus is speed, coverage and affordability.” That means cost (affordability) is one point that I am looking at, which is also the point that Lim Kit Siang is talking about. So we are on the same page here.

In Malaysia, our Internet penetration is 67% of the population. We are still below South Korea (92%), Brunei (75%), Japan (86%), Singapore (80%), and Taiwan (80%). However, we are definitely ahead of the rest of Asia. The average Internet penetration for the whole of Asia is only 38.8% and 73.5% for the whole of Europe. North America is, of course, ahead of the rest of the world at 87.9%. As I said yesterday, we are planning to give 95% of Malaysians Internet service by 2020, which is only five years from now, and MCMC plans to spend about RM9 billion by 2020 to achieve this.

Lim Kit Siang said, “…the issue is that high Internet speeds in Malaysia are too costly and unaffordable when compared to other countries when the Minister’s task is to make them affordable and popular.” Yes, that too has been taken into consideration and I did not dispute that point in my reply to Lim Kit Siang. What must also be taken into consideration, which Akamai did not, is that the entry-level package for fixed broadband offered by Telekom Malaysia starts at 386 kbps. 

Therefore, due to the high number of subscribers for these entry-level packages (71%), this had the effect of pulling down the average speeds measured by Akamai. For example, 87% of HSBB subscribers are for the lowest speed 5 Mbps package and there are hardly any takers for the higher speed packages of 30 and 50 Mbps. 

So while I do not disagree with what Lim Kit Siang or Akamai said, we need to also take into consideration how the average speed of the Internet is calculated. When 71% of the users are in the entry-level 386 kbps category, then the overall average would be low.
source http://sskeruak.blogspot.my/2015/09/the-focus-of-our-internet-development.html




source: https://www.stateoftheinternet.com/resources-connectivity-2015-q3-state-of-the-internet-report.html

KKMM kaji internet jalur lebar berkelajuan tinggi yang mampu dimiliki

KUALA LUMPUR: 2015 Oktober 17- Kementerian Komunikasi dan Multimedia(KKMM) sedang mengkaji untuk menyediakan Internet jalur lebar berkelajuan lebih tinggi yang mampu dimiliki, kata menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata pakej permulaan bagi jalur lebar tetap yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia (TM) bermula pada 386 kilobit sesaat (kbps) telah dilanggan oleh 71 peratus rakyat Malaysia.

"Sungguhpun kini terdapat pakej dengan kelajuan lebih tinggi, seperti yang ditawarkan oleh Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB), 87 peratus daripada pelanggan memilih pakej 5Mps (megabit sesaat), dengan hampir tidak ada orang memilih pakej kelajuan melebihi 30 dan 50 MPS," katanya.

Salleh berkata sebaik infrastruktur itu dapat menampung keperluan, "kami mungkin mempertimbangkan untuk menukar pakej permulaan bagi kelajuan lebih tinggi tanpa sebarang peningkatan kos yang besar untuk mengekalkan kemampuan dan pada masa sama menawarkan kelajuan lebih tinggi.

"Kementerian saya sedang mengkaji butirannya," kata beliau dalam blognya sskeruak.blogspot.my di sini hari ini.

Salleh berkata kerajaan juga sedang berusaha untuk menaik taraf akses internet kepada lebih ramai pengguna di kawasan luar bandar, termasuk kawasan pedalaman dan pulau di Sabah serta Sarawak, bukan hanya untuk dinikmati oleh masyarakat di bandar.

"Saya telah meminta kementerian saya supaya memberi penekanan khas dan tumpuan terhadap pembangunan prasarana untuk memperluaskan penembusan Internet dan liputan di seluruh Malaysia," katanya.
Salleh berkata kerajaan mahu memastikan menjelang 2020 sekurang-kurangnya 95 peratus daripada rakyat Malaysia akan mempunyai akses kepada Internet dan  sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan bandar serta 20 peratus daripada kawasan luar bandar mempunyai kelajuan jalur lebar kira-kira 100 Megabit sesaat.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kkmm-kaji-internet-jalur-lebar-berkelajuan-tinggi-yang-mampu-dimiliki-76709




Pada Oktober 29, 2013



maklumat ringkas dari inforgfik dibawah


http://www.astroawani.com/infografik/penembusan-internet-di-malaysia-24753





0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/