Monday, November 23, 2015

LAWATAN KERJA KE UNIT RUJUKAN MAYA (VIRTUAL REFERENCE) OLEH PUSTAKAWAN UPM




Pada 2 November lalu kami menerima email dari En Mohd Dasuki, Pustakawan dari  Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) UPM Serdang yang menyatakan hasratnya ingin mengadakan lawatan kerja ke Unit Rujukan Maya, PTAR, UiTM pada 23 November 2015 (Isnin) 

Maka tadi rombong Pustakwaan UPM pun tiba  seramai 6 orang yang diketuai oleh  kenalan lama Encik  Shaifol Yazama Mat bersama rakan-rakannya yang lain iaitu Puan Azwana Ab Rahman, . Puan Suzila Mohamad Kasim,.Puan Salina Abdul Aziz,  Puan Azana Abd Hadi dan  Puan Najwani Amir Sarifuddin.

Tujuan lawatan mereka adalah untuk  berkongsi maklumat terkini mengenai pengurusan dan perkhidmatan rujukan atas talian yang disediakan oleh Unit Rujukan Maya yang saya ketuai sekarang  seperti Chat with PTAR Librarian, E- Reference@PTAR, Library Service Alert dan Sosial Media.


Maklumat lanjut rujukan maya kami boleh rujuk disini http://ahmadfaizar.blogspot.my/p/perkhidmatan-rujukan-maya-reference.html
Unit Rujukan Maya
http://library.uitm.edu.my/v3/index.php/unit-rujukan-maya

Chat with PTAR Librarian
Pengguna juga boleh mendapatkan bimbingan pencarian maklumat dan mengemukakan masalah penggunaan perpustakaan kepada pustakawan melalui perkhidmatan sembang maya yang beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 8.45 malam.  Soalan-soalan yang diterima di luar waktu tersebut akan dijawab melalui emel.







More info on Ask Your Librarian

Chat with PTAR Librarian

Online Status






















0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/