Alhamdulilah pada 24 dan 25 Jun 2016 Jumaat dan Sabtu iaitu bersamaan 19-20 Ramadan yang lalu Program Sehari Bersama PERMATA ALLAH SWT oleh Persatuan Pentadbir UiTM (PPUiTM) telah berjalan dengan jayanya. Program ini sempena menyemarakkan bulan Ramadan Al-Mubarak bersama anak-anak di Ma'had Tahfiz An-Nuri terdiri seramai 15 orang, berumur dari 13 -17 tahun. Mereka adalah dalam kalangan anak-anak yatim piatu, fakir dan miskin.
Ma’had Tahfiz An-Nuri ini terletak di Syamille Agro Farm & Resort, Lot 3749 & 3750, Jalan Lata Perahu, Kg Chuar Hulu, Mukim Chegar Galah,33020 Kati, Kuala Kangsar, Perak
http://kelulutmalaysia.blogspot.my
setibanya kami disana kami telah disambut oleh wakil Ma’had Tahfiz dengan van mereka untuk mengangkut kami masuk kedalam kerana bas rombongan kami tidak boleh memasuki jalan ke tempat Syamille Agro Farm & Resort yang agak sempit.
Setiba kami di dalam kawsan Syamille Agro Farm & Resort, kami pun dibawa ke bilik pengiapan masing-masing
Setelah berehat seketika dan solat asar kami pun bergotong-royong membuat persiapan bagi majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya & Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar Mahad Tahfiz Annuri nanti
seterusnya Sesi Penyampaian Sumbangan Hari Raya & Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar Mahad Tahfiz Annuri yang terdiri dari kalangan anak-anak yatim piatu, fakir dan miskin
Majlis dimulakan dengan ucapan dari Presiden PPUiT iaitu Tuan Haji Anuar dan dikuti ucapan dari wakil Mahad Tahfiz Annuri seterusnya penyampaian Sumbangan Hari Raya dan jamuan berbuka.
Pada malamnya setelah sembahyang Maghrib bersama diikuti dengan solat Isyak dan Tarawikh berjamaah kami dihidangkan dengan tazkirah ringkas. Seterusnya pada sepertiga malam dimulakan dengan program Qiamulail diikuti dengan makan sahur bersama.
Alhamdulilah selesailah sudah Program Sehari Bersama PERMATA ALLAH SWT bersama anak-anak di Ma'had Tahfiz An-Nuri
#syukurramadan #syukurselalu #ramadan #ppuitm
0 comments:
Post a Comment