Tuesday, June 14, 2016

Kenangan Ramadhan - Jual Air Batu Bersalut Habuk Papan


Pada suatu masa dahulu orang kampung kebanyakannya tidak mempunyai peti sejuk di rumah terutama bagai  kawasan yang tiada elektrik lagi. Jika ada elektrik pun hanya orang yang berada saja mampu untuk membeli peti sejuk atau peralatan elektronik rumah pada ketika itu

Jika  orang kampung yang mempunyai kemampuan untuk membeli peti sejuk atau television maka rumah tersebut akan menjadi tumpuan jiran jiran untuk menumpang menonton TV dan mendapatkan ais batu.

Selain dari itu untuk mendapatkan ais batu orang orang kampung juga boleh membeli di kedai kedai runcit cina yang berniaga di pekan-pekan.



Namun ada lagi satu cara untuk menyimpan ais batu yang sudah pasti generasi sekarang tidak pernah lihat iaitu "Ais di dalam sekam atau habuk kayu gergaji  atau habuk papan".

Bila bulan Ramadhan semasa kecil dulu adalah antara kenangan terindah dalam hidup. Jika diimbau boleh membuatkan saya senyum sendirian. Seawal hari pertama berpuasa lagi saya  pasti terkenang kisah jual air batu bersalut habuk papan. Anak zaman sekarang tidak pernah tahu. 

Apabila  petang biasa setelah asar , yang berniaga air batu ini akan bawa peti kayu yang dipenuhi habuk kayu gergaji dan  bongkah air batu berukuran lebih kurang 1/2' x 2' masuk ke kampung. Fungsi habuk kayu gergaji adalah untuk melambatkan proses pencairan air batu yang disimpan di dalam peti kayu itu. Penjual akan memotong bongkah air batu menggunakan gergaji mengikut permintaan harga seperti sekupang (10sen), dua kupang (20 sen) atau tiga kupang (30 sen).

Bila dah bayar , air batu ditaburkan dan salutkan dengan habuk papan kemudian baru dibungkus dengan kertas surat khabar terpakai. Oleh kerana ais ini besar dan padat maka ianya agak lambat untuk cair dan sempatlah ianya di bawa pulang. Tiba di rumah, air batu akan disimpan di dalam termos supaya tidak cair sementara menunggu waktu berbuka.  Termos buat menyimpan air batu ketika itu tak secanggih zaman sekarang  ..inilah rupanya termos dulu... tapi kadang-kadang tahan juga sapai ke subuh.




begitulah sukarnya zaman  itu untuk menikmati minuman berais ketika itu. Ia merupkan pengalaman yang berbeza dan pastinya tidak akan dirasai oleh sesiapapun jua selepas ini. 

Sape lagi yang sempat lalui waktu mcm ni? mungkin ada bermacam kenangan masing-masing masa itu..


#throwback

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/