Tuesday, June 21, 2016

Program Bubur Lambuk PTAR

Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini,  sebagaimana tahun-tahun sebelum ini , Perpustakaan kami menganjurkan Program Bubur Lambuk PTAR 2016 pada 16 Jun 2016 (Khamis). Sehubungan itu, satu Jawatankuasa Induk telahpun dilantik untuk mengendalikan Program ini.

Di samping itu, untuk memastikan kelancaran dan kejayaan program, penglibatan daripada setiap Jabatan/Bahagian/Perpustakaan Fakulti amat diperlukan. Oleh yang demikian pihak Jawatankuasa Induk telah menetapkan tugas dan tanggungjawab bagi setiap Jabatan/Bahagian/Perpustakaan dalam program ini.

Mesyuarat AJK Bubur Lambuk PTAR 2016
Tarikh : 13 Jun 2016 (Isnin) Tarikh / Hari
Masa     : 2.00 petang hingga 4.30 petang
Tempat  : Bilik Mesyuarat Utama PTAR 1

Semua ahli Jawatankuasa Induk dan juga wakil bagi setiap jabatan yang telah dipertanggungjawabkan wajib untuk menghadiri mesyuarat

Antara bahan-bahan mentah yang perlu diproses adalah :
Bawang Merah = 10 kg
Bawang Putih = 4 kg
Daging = 10 kg
Ayam = 10 ekor
Sayuran (e.g - daun bawang, daun sup, karot, dll.)



Program Bubur Lambuk PTAR

Tarikh : 16 Jun 2016
Masa :  8.00 pg - 1.00 tghari
Tempat : Ruang Foyer Berbumbung PTAR Utama
Aturcara :
8.00 pagi : Persediaan tempat & Memasak
11.00 pagi : Packing
12.30 tghari : Agihan Bubur Lambuk oleh Tuan Ketua Pustakawan kepada Jabatan/Bahagian/Perpustakaan Fakulti/Satelit (Kampus Puncak Alam, Puncak Perdana, Dengkil/INTEC/Perpustakaan  Perubatan Sg. Buloh & Selayang)


Foto sekitar Gotong royong Program Bubur Lambuk PTAR















 





Alhamdulillah, Program Bubur Lambuk PTAR telahpun dilaksanakan dengan lancar dan jayanya pada 16 Jun 2016.

Pengurusan PTAR dan AJK Program Bubur Lambuk PTAR 2016 merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga PTAR yang telah mengambil bahagian dan bekerjasama bagi menyediakan bubur lambuk.

Semoga semangat kerjasama tersebut dapat diteruskan untuk program-program PTAR pada masa akan datang demi kesejahteraan dan jalinan ukhwah di kalangan warga PTAR.
Reactions:

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/