Wednesday, July 09, 2014

FIFA World Cup 2014 GERMANY vs BRAZIL 2014 [ 7 - 1 ]


Piala Dunia FIFA 2014

Jerman tewaskan Brazil 7-1 

Ini merupakan kemaraan kali ke lapan buat Jerman di pentas akhir.

Bagi pasukan Brazil, ini merupakan kekalahan pertama negara Samba itu di bumi sendiri dalam mana-mana pertandingan konpetitif sejak 1975.

Kali terakhir Brazil tewas di tempat sendiri ialah pada kejohanan Copa Amerika 1975 apabila tunduk 1-3 kepada Chile.Sejak itu mereka tidak pernah kalah dalam 62 perlawanan sehingga dimalukan Jerman dalam perlawanan pagi tadi.

Jerman melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali kelapan selepas menundukkan Brazil 7-1 pada separuh akhir yang amat mengejutkan seluruh peminat bola sepak dunia, awal pagi tadi.


Selepas mendahului 5-0 pada babak pertama, juara 1954, 1974 dan 1990 itu menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua untuk mendahului 7-0, sebelum Oscar mengubat sedikit keaiban tuan rumah dengan gol saguhati pada minit terakhir.

Jerman, yang mencari kejuaraan Piala Dunia pertama sejak 1990 kini akan menentang pemenang di antara Argentina atau Belanda, yang bakal berentap pada satu lagi perlawanan separuh akhir, esok.

Manakala Brazil, yang turun dengan reputasi besar selaku juara lima kali terpaksa menanggung aib kalah besar di depan penyokong sendiri dan hanya menunggu lawan untuk ditentang bagi penentuan tempat ketiga.





Video  FIFA World Cup 2014 - Brazil Vs Germany 1-7   https://www.youtube.com/watch?v=A9injYmqFvk

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/