Monday, June 16, 2014

SAMSUNG SMART LIBRARY DI PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA


KUALA LUMPUR, Malaysia – 16 Jun, 2014 – 
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memperkenalkan Perpustakaan BESTARI Samsung yang pertama dalam jenis ini di Malaysia bertempat di bangunan perpustakaan di Jalan Tun Razak. Perpustakaan BESTARI Samsung terletak di tingkat pertama bangunan utama Perpustakaan Negara – Anjung Bestari.  Selain itu, ianya merupakan satu-satunya perpustakaan yang mempunyai buku digital di Malaysia hasil daripada kerjasama pihak awam dan swasta antara PNM dan Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd.
Pelancarannya telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Raslin bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, dan En. Lee Dong Yong, Presiden, Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd.
Perpustakaan BESTARI Samsung di PNM bakal menyediakan pengalaman pembacaan yang baharu dan interaktif untuk rakyat Malaysia, terutamanya kanak-kanak dan remaja, dalam persekitaran perpustakaan berkeupayaan teknologi.
Direka dan dibina dengan kelengkapan e-Buku, kawasan seluas 1,300 kaki persegi ini memiliki empat konsep khusus iaitu Kanak-Kanak, Interaktif, Bacaan dan Kerja. Terdapat lebih 60 peranti Samsung untuk para pengguna yang terdiri daripada pelbagai model tablet dan skrin berformat besar.
Kid's Zone in Samsung Smart Library @ PNM
Kid’s Zone in Samsung Smart Library @ PNM
“Sejak beberapa tahun yang lalu, kita telah menyaksikan bagaimana ICT dan teknologi telah mempengaruhi ekonomi, pendidikan dan juga masyarakat. Kita sekarang berada dalam era digital di mana perkongsian pengetahuan dan pembelajaran kini berlangsung secara digital. Perpustakaan BESTARI Samsung menawarkan pengalaman pembacaan yang dipertingkatkan melalui penawaran produk terkini kami. Ini menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, interaktif dan menarik dengan media yang kaya dengan kandungan,” kata Lee Dong Yong, Presiden, Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd.
Dato' Seri Nazri, Minister of Tourism trying out Samsung Note Pro 12" inside Interactive Zone
Dato’ Seri Nazri, Minister of Tourism trying out Samsung Note Pro 12″ inside Interactive Zone
Lebih 2,500 e-Buku pelbagai genre dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina disediakan di Zon Bacaan.  Kandungan sampingan seperti e-Majalah, e-Akhbar dan laman web interaktif boleh diakses di Zon Interaktif. Zon Kerja pula menyediakan Office Suite dan penerbitan e-Buku untuk para penulis berbakat. Selain itu, perisian yang sesuai untuk kanak-kanak turut ditawarkan di Zon Kanak-kanak.
eSentral juga turut menumpang bangga atas pencapaian ini kerana merupakan rakan kerjasama Samsung Malaysia dalam membangunkan Perpustakaan Bestari ini.
 https://www.facebook.com/media/set/?set=a.685074184862573.1073741915.222590034444326&type=1
Reactions:

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/