PAR EXCELLENCE AWARD,ICQCC Hydrabad India 2021

Alhamdulilah kali in kumpulan kami telah menerima menerima Par Excellence Award di 46th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2021

DIAMOND , GOLD AND SILVER AT IIDEX 2019

Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND dan GOLD manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

FASILITATOR TERBAIK 2019 ZON TENGAH

Alhamdulilah kali ini di anugerahkan sebagai Fasiltator Terbaik di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2019 Zon Tengah sekali lagi setelah menerima pada tahun 2016

ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXECELLENT MPC 2018

Alhamdulilah tugasan kali ini berjaya membawa kumpulan KIK PTAR i-Clique meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2018 ( Wilayah Selatan ) di Holiday Villa Johor Bahru City Centre

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017

Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS). ....

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Showing posts with label PWTC. Show all posts
Showing posts with label PWTC. Show all posts

Tuesday, May 02, 2017

Baca World 2017 | Malaysia's Digital Content Exhibition



Cuti hujung minggu ini jom kita  ke  B.A.C.A  WORLD di PWTC  Kita  mungkin boleh mengambil sedikit masa untuk ke BacaWorld dimana kali ini ia diadakan serentak dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur International Book Fair 2017 (PBAKL 2017 / KLIBF 2017) dimana melaluinya beberapa produk memfokuskan kepada penerbitan digital dikongsikan. Ia dianjurakan oleh MABOPA (Persatuan Penerbit Buku Malaysia) yang juga penganjur utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) bersama-sama dengan MBKM (Majlis Buku Kebangsaan Malaysia)



Sebelum ini B.A.C.A  WORLD telah diadakan pertama kalinya  pada sekitar Januari 2015 yang lalu di KLCC  seperti video dibawah ini




Tahun ini Baca World 2017 (Malaysia’s Digital Lifestyle Exhibition 2017) diadakan di Level 5, Putra World Trade Centre (PWTC ) Kuala Lumpur dari  5hb Mei hingga 7Mei 2017

Enjoy Great Happenings, Fun Activities and many more. Buzz, Apps, Content, Access


Buzz Talks are open forum discussing new development in publishing industry. All sessions are free.
Friday, 5 May 2017.
-------------------
11 AM : Latest ecommerce trends in Malaysia & #MyCyberSale2017

1130 AM : How to do business in marketplace.
3 PM : Perpustakaan Digital Di Malaysia, peluang untuk konten tempatan.
4 PM : The Impact of Amazon & Alibaba to local book industry.


Saturday, 6 May 2017
---------------------
1030 AM : Bisnes jual Buku lalu Whatsapp, Facebook dan Instagram.

11 AM : Augmented Reality (AR) dalam Buku.
1130 AM : Apa Seterusnya Dalam Era Penerbitan Digital?
230 PM : Pengalaman Amanz Dari Digital Ke Media Cetak Dan Televisyen
3 PM : Video Content & Millennials : lesson From 200 Million Social Media Views.
330 PM: EPUB3 sebagai standard penerbitan buku teks digital interaktif. Apa persediaan kita?
4 PM: Covering the next General Election.


Sunday, 7 May 2017
--------------------
1030AM : Apa yang Millennial mahu baca?.

11 AM : Cabaran Disebalik Startup Digital Media.
1130AM : From Print Publisher To Digital Advertising Agency.
230PM : Streaming; the new TV for Malaysians?
--
Please refer to http://bacaworld.com.my/activities for details.

BacaWorld merupakan persidangan kandungan digital pertama di Malaysia, membolehkan para pengguna tempatan untuk menyertainya dan melihat pelbagai penawaran yang disediakan oleh penerbit tempatan melalui arena digital.

Terdapat sejumlah penyedia yang berkongsi akan platform penerbitan mereka pada acara berkenaan, termasuk PTS, Ilham Karangkraf, Sasbadi, serta beberapa penyedia baru yang memfokuskan kepada penerbitan dan aplikasi pembacaan mudah pada tablet dan telefon.

Selain daripada bidang penerbitan buku, BacaWorld juga turut mempamerkan sejumlah pembangun permainan yang hadir di Malaysia.






sumber : http://bacaworld.com.my/

Monday, December 12, 2016

Expo Buku Malaysia 2016


Dimaklumkan Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dengan kerjasama Penerbit IIUM, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PENTAS) akan menganjurkan Expo Buku Malaysia kali ke-8, butir-butir seperti di bawah: 

Tarikh: 14 – 18 Disember 2016
Masa : 10 pagi – 10 malam

Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

Bersempena itu, YPBN juga akan menganjurkan:
Persidangan Buku Antarabangsa pada 14 – 15 Disember 2016
Majlis Anugerah Buku Negara pada 14 Disember 2016
Ekspo Industri Kreatif  pada 14 – 18 Disember 2016 
Malam Gala Anugerah Telenovela pada 17 Disember 2016


Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Penganjur dengan segala hormatnya memohon sokongan dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan selaku penggiat industri perbukuan Malaysia untuk turut serta menyertai Persidangan Buku Antarabangsa 2016. 

Semua warga perbukuan dijemput menyertai Persidangan Buku Antarabangsa 2016. Penyertaan PERCUMA sahaja.

Semoga kehadiran YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan ke majlis yang bersejarah ini akan menyemarakkan lagi perkembangan industri perbukuan di Malaysia.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :-

Pn. Maznah Awang
Tel : 012-652 4501
emel : maznahypbn@yahoo.com

Pn. Rushanim Rushdi
Tel : 019-311 8801
emel : rushanimypbn@yahoo.com

More details http://www.ypbn.my/2016/08/ekspo-buku-malaysia-2016.html
https://www.facebook.com/ekspobukumalaysia/
Semua warga perbukuan dijemput menyertai Persidangan Buku Antarabangsa 2016. 



Sertai Seminar Kefahaman Hak Cipta dalam Penerbitan dan Pengajaran secara PERCUMA di Bilik Mawar, PWTC pada 17 Disember 2016 sempena Expo Buku Malaysia 2016
More details : https://www.facebook.com/uumpress/ 

Friday, April 27, 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 (PBAKL 2012 / KLIBF 2012)







Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 atau lebih dikenali sebagai PBAKL 2012 atau KLIBF 2012 yang merupakan acara tahunan bagi industri buku negara akan datang lagi. Pada tahun ini KLIBF 2012 akan berlangsung selama 10 hari bermula pada 27 April hingga 6 Mei 2012 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur .
Majlis pra pelancaran KLIBF 2012 telah disempurnakan oleh YB Datuk Ir Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 10 Disember yang lalu.
Seperti lazimnya KLIBF 2012 akan menonjolkan kelainannya bagi mengangkat martabat industri buku negara ke taraf yang lebih tinggi. Trade Copy Right Centre (TCC) akan memberi peluang kepada pemain-pemain industri buku memperkenalkan buku-buku terbitan dalam negara ke peringkat antarabangsa dan merupakan peluang pedagang-pedagang buku untuk berurusniaga dengan pedagang-pedagang buku diperingkat global.

JOM KITA KE Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, sudah bermula 








http://kualalumpurbookfair.my/2012/

Saturday, February 21, 2009

e-WAVE Terima Pingat Emas Dalam MTE 2009


Pasukan Kumpulan Inovatif & Kreatif e-Wave dari Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi. UiTM sendiri telah menghantar sebanyak 56 produk penyelidikan dan 3 daripadanya datang dari hasil projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Kesemua 460 produk penyelidikan ini telah diadili oleh 70 pengadil yang diiktiraf.

Saya telah menjadi wakil kepada kumpulan e-WAVE pada malam tersebut untuk makan malam dan tidak menyangka akan dapat naik ke pentas, kernaa pada masa pihak juri membuat penilaian pada inovasi yg saya terangkan pada siang hari tadi semacam tidak meyakinkan pada raut wajah pihak juri.

Walaubagaimanapun terima kasih kepada pihak juri yang memberi kepercayaan bahawa inovasi ini boleh pergi jauh terutama di negara kita dan juga negara islam serta dunia ke 3 yang lain.

Berikut adalah keputusan MTE 2009:-

Jumlah keseluruhan Pingat EMAS ialah 65 EMAS daripada 460 penyertaan.
UiTM telah memenangi 2 pingat EMAS iaitu


1. LIBRARY AUTOMATED SELF-CHARGING MACHINE - Azizi Jantan, Ahmad Faizar Jaafar, Muhamad Azmir Sulaiman, Rosli Mohamad, Abdul Hamid Mohd Salleh, Ahmad Nazri Jaafar, Mohd YAzid Yahaya, Nurhayati Hassan, Ja'amayah Kosnan dan Rizana Mohd Radwan (Perpustakaan Tun Abdul Razak)

2. MONI-equakeWPS WALL PANEL - Nor Hayati Abdul Hamid, Siti Hawa Hamzah, Nurhaniza Abdul RAhman,

Mehroad Seifi dan Mohd Ashaari Masrom (Fakulti Kejuruteraan Awam)

Bersama ini juga disertakan keputusan pingat yang diperolehi oleh Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) UiTM:-

1. Kump. e-WAVE (PTAR) - Tajuk Projek: LIBRARY AUTOMATED SELF-CHARGING MACHINE - EMAS

2. Kump. MySMART (PTAR) - Tajuk Projek: MySMART PORTABLE LOCKER - PERAK

3. Kump. C7 (Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Terengganu) - Tajuk Projek: C-SMART BOOK SUPPORT - GANGSA.

Ini jelas membuktikan Inovasi yang dihasilkan dari Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) telah dapat menyumbangkan sesuatu kepada UiTM dan InsyaAllah produk ini akan dikomersialkan dan akan menjana pulangan hasil kepada UiTM dan Perpustakaan khasnya.

TAHNIAH buat semua pemenang.

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/