Monday, December 12, 2016

Expo Buku Malaysia 2016


Dimaklumkan Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dengan kerjasama Penerbit IIUM, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PENTAS) akan menganjurkan Expo Buku Malaysia kali ke-8, butir-butir seperti di bawah: 

Tarikh: 14 – 18 Disember 2016
Masa : 10 pagi – 10 malam

Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

Bersempena itu, YPBN juga akan menganjurkan:
Persidangan Buku Antarabangsa pada 14 – 15 Disember 2016
Majlis Anugerah Buku Negara pada 14 Disember 2016
Ekspo Industri Kreatif  pada 14 – 18 Disember 2016 
Malam Gala Anugerah Telenovela pada 17 Disember 2016


Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Penganjur dengan segala hormatnya memohon sokongan dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan selaku penggiat industri perbukuan Malaysia untuk turut serta menyertai Persidangan Buku Antarabangsa 2016. 

Semua warga perbukuan dijemput menyertai Persidangan Buku Antarabangsa 2016. Penyertaan PERCUMA sahaja.

Semoga kehadiran YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan ke majlis yang bersejarah ini akan menyemarakkan lagi perkembangan industri perbukuan di Malaysia.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :-

Pn. Maznah Awang
Tel : 012-652 4501
emel : maznahypbn@yahoo.com

Pn. Rushanim Rushdi
Tel : 019-311 8801
emel : rushanimypbn@yahoo.com

More details http://www.ypbn.my/2016/08/ekspo-buku-malaysia-2016.html
https://www.facebook.com/ekspobukumalaysia/
Semua warga perbukuan dijemput menyertai Persidangan Buku Antarabangsa 2016. 



Sertai Seminar Kefahaman Hak Cipta dalam Penerbitan dan Pengajaran secara PERCUMA di Bilik Mawar, PWTC pada 17 Disember 2016 sempena Expo Buku Malaysia 2016
More details : https://www.facebook.com/uumpress/ 

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/