Wednesday, April 19, 2017

Bengkel Penggunaan Aplikasi Telefon Pintar Dalam Komunikasi dan Pengurusan Pentadbiran di Pejabat


Bengkel Penggunaan Aplikasi Telefon Pintar (Messenger) dalam komunikasi dan pengurusan pentadbiran di pejabat 

Tarikh : 25 April 2017 (Selasa)
Masa :  8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Pusat IT, PTAR 1
Peserta kursus : 30 orang
Penceramah : Tuan Haji Ahmad Faizar bin Jaafar 
Fasilitator  : En. Mohd Izwan Salim 

Objektif kursus ini diadakan bertujuan untuk :-

Untuk memberi kefahaman mendalam dan kemahiran mengenai aspek-aspek penggunaan applikasi telefon pintar - Messenger.
Untuk memberi pendedahan kepada penggunaan messenger dalam telefon pintar dengan komputer.
Untuk memudahkan kerja dalam komunikasi dan meningkatkan produktiviti pengurusan pentadbiran di pejabat.

http://library.uitm.edu.my/v4/index.php/en/component/jem/event/72-bengkel-penggunaan-aplikasi-telefon-pintar-messenger-dalam-komunikasi-dan-pengurusan-pentadbiran-di-pejabat

Penggunaan Aplikasi Telefon Pintar (Messenger) perlu pintar dari telefonnya

Tajuk-tajuk berita:

'Admin WhatsApp' boleh dipenjara -   BERITA HARIAN – 27/4/2017


“ADMIN KUMPULAN WHATSAPP” PERLU BENDUNG AHLI SEBAR FITNAH – BERITA HARIAN – 27/4/2017



Isu Penyebaran Maklumat atau Berita Palsu Melalui Aplikasi Pesanan

Menurut SKMM, perbualan pada aplikasi permesejan seperti WhatsApp, Telegram, WeChat, Viber dan sebagainya adalah bersifat persendirian. Siasatan hanya akan dilakukan sekiranya terdapat aduan mengenai apa yang dikongsikan atau disebarkan pada perbincangan kumpulan dalam aplikasi berkenaan.

Kesalahan ini tertakluk kepada kesalahan penyebaran maklumat palsu dibawah undang-undang Malaysia, termasuk seksyen 233 AKM 1998.

    Adalah menjadi kesalahan bagi seseorang untuk menggunakan perkhidmatan aplikasi seperti Whatsapp, untuk membuat dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

Secara tidak langsung, ini bermakna siapa sahaja yang bersalah menyebarkan maklumat palsu akan didakwa – dan bukannya khusus kepada pentadbir sesuatu kumpulan berkenaan sahaja.

Walaubagaimanapun, menurut SKMM, seseorang pentadbir akan dipertanggungjawabkan sekiranya:

  • Apabila pentadbir sendiri membuat komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain, yang merupakan kesalahan di bawah seksyen 233 AKM 1998;
  • Apabila pentadbir, walau pun dengan sendirinya tidak membuat komen tersebut, meminta komen sedemikian daripada yang lain;
  • Apabila pentadbir membantu, melalui hasutan, mana-mana orang lain dalam kumpulan untuk membuat komen tersebut;
  • Apabila pentadbir menghalang siasatan terhadap komen sedemikian oleh mana-mana agensi penguatkuasaan.

Seperti biasa SKMM menasihatkan pengguna menggunakan sebarang aplikasi permesejan atau media sosial secara berhemah, dan tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu. Disamping itu, SKMM juga sedang mempertimbangkan keperluan menyediakan garis panduan untuk menggunakan aplikasi permesejan dan seumpama dengannya.



Sumber Rujukan: SKMM




#WhatsAppAdmin
#AdminWhatsApp


semak dahulu maklumat yang ingin dikongsikan di http://sebenarnya.my/  Tak pasti jangan kongsi


Portal SEBENARNYA.MY adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak dan melapor berita yang tidak ditentusahkan, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain.


Dengan adanya portal ini diharap gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara, dapat ditangani dengan berkesan.


Kepada #AdminWhatsApp group  ingatkanlah ahli2 group ye...hee...hee

Contoh Notis Disclaimer :

Saya dan lain-lain admin group ini tidak membenarkan atau  menyokong sebarang bentuk whatapps yang memaparkan informasi pornografi, tidak benar, fitnah, hasutan, penipuan dan paparan yang tidak sesuai selaras dan seperti yang ditetapkan dengan/oleh Akta Kommunikasi dan Multimedia 1998.

Segala whatapps dipaparkan oleh individu di dalam group ini adalah tanggungjawab setiap individu dalam group ini.




0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/