Sukacita, permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Cara Permohonan
1. Pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ bermula 13 Januari 2014 (Isnin).
2. Pemohon dinasihat menyemak syarat kelayakan program yang ingin dimohon di http://esyarat.uitm.edu.my/ atau
di http://www.selangkah.uitm.edu.my/semak-syarat-kelayakan.cfm
3. Pemohon dikehendaki membeli No. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 13 Januari 2014 (Isnin) hingga 31 Mac 2014 (Isnin) dengan menggunakan nombor
kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (no. Slip yang dibeli sebelum 13 Januari 2014 (Isnin) adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).
4. Sila nyatakan Peringkat Program (PENERAPAN / PROFESIONAL / PLK) seperti jadual di bawah semasa pembelian no. Slip di BSN.
5. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. Slip, TIADA pemulangan bayaran.
SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA:
● Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
● Bumiputera Warganegara Malaysia
● Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon
● Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
● Pelajar-pelajar yang sedang belajar dimana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.
NOTA:
► Bagi program Diploma dan Sarjana Muda sepenuh masa dari kategori/lepasan selain di atas sila pohon melalui http://upu.mohe.gov.my. KLIK DI SINI
► Bagi program e-PJJ dan Pengajian Luar Kampus UiTM selain di atas sila layari laman web http://ined.uitm.edu.my
► Bagi program pengajian Pasca Siswazah (Sarjana dan PhD) sila layari laman web http://ipsis.uitm.edu.my
Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi
Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP)
Aras Bawah Bangunan UIC
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor
Aras Bawah Bangunan UIC
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor
No Telefon: (+603) 5544 3164 / 3166 / 3174
Faks: (+603) 5544 3170
Web: http://pengambilan.uitm.edu.my
Faks: (+603) 5544 3170
Web: http://pengambilan.uitm.edu.my
(Click to enlarge)
(Click to enlarge)
sumber
http://www.uitm.edu.my/index.php/en/current-news/1017-permohonan-kemasukan-sesi-akademik-1-2015-2016-uitm
0 comments:
Post a Comment