Monday, January 19, 2015

Permohonan UPU Ke IPTA Sesi 2015/ 2016



Borang Permohonan UPU Sesi 2015 /2016
.
 Permohonan UPU ke IPTA secara online untuk kemasukan ke universiti / Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)  sesi akademik 2015/2016. 
Dipetik dari UPU (BPKP JPT), Sistem Permohonan UPU akan dibuka & PIN Unik ID BSN akan mula di jual bermula 19 Januari 2015. Borang permohonan UPU juga akan dibuka pada hari yang sama bermula jam 1200 tengahari.

Permohonan ke USM dikemukakan terus melalui laman web https://pohon.usm.my 


Permohonan ke UM mulai Sesi Akademik 2015/2016 bagi Kemasukan ke Program Pengajian Peringkat Ijazah Pertama bagi lepasan STPM / Matrikulasi KPM/ Asasi/ Setaraf dikemukakan terus melalui laman web https://myum-id.um.edu.my/ 
Permohonan ke UiTM mulai Sesi Akademik 2015/2016  boleh rujuk di SINI

Permohonan ke Politeknik Premier sesi akademik 2015/2016 dan permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran awam (ILKA) bagi ambilan tahun 2015/ 2016 juga boleh dibuat melalui permohonan UPU online.

Sebagai panduan, pemohon perlu menyemak e-Panduan di laman Web Rasmi Kemasukan http://upu.moe.gov.my sebelum mengemukakan permohonan untuk pemilihan bidang pengajian

Borang Permohonan UPU Sesi Akademik 2015/ 2016 Online
Sila layari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/ atau http://upu.moe.gov.my/web/
Applikasi Permohonan UPU 2015 klik https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu_2015/

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi UPU di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777.
Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 8.00 pagi - 5.00 petang.

Panduan Cara Pengiraan Merit Kemasukan Ke IPTA Terkini di IPTA Merit 2015
Permohonan UPU 2015/ 2016

Tarikh-Tarikh Penting UPU Sesi Akademik 2015/2016
18 Jan 2015 - Iklan Permohonan Dlm Akhbar Tempatan
19 Jan 2015 - Pembelian No Pin & Permohonan Kemasukan
6 April 2015 - Tarikh tutup permohonan
Permohonan online upu ( upu.mohe.gov.my )
• FASA 1: 19/1/2015 - 6/4/2015 - Cara kemaskini Borang Permohonan UPU di SINI
• FASA 2: 3/6/2015 - 9/6/2015
• Semakan minggu temuduga: 21/5/2015 - 6/62015
• Hebahan keputusan: 11/8/2015
• Pendaftaran: 1/9/2015
tarikh penting permohonan upu 2015
Jualan PIN Unik ID BSN Dibuka - Mulai 19 Januari sehingga 6 April 2015 (Panduan beli PIN Unik BSN di SINI).
MAKLUMAN :
Hanya 2 kategori sahaja bagi pembelian Nombor Unik ID BSN iaitu :
Kategori A (RM 15.60) : Lepasan SPM/Lepasan SKM/ILKA
Kategori B (RM 15.60) : Lepasan STPM, Lepasan Diploma/Setaraf, Lepasan STAM,Lepasan Asasi/Matrikulasi
Sistem Permohonan UPU Dibuka - Mulai 19 Januari, jam 12.00 tengahari sehingga 6 April 2015, jam 12 tengah malam
Syarat Am Permohonan
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia dan 
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
  • Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera:
  • Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
  • Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
  • Program Lepasan STPM/SetarafSyarat Am Permohonan
  • Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:
  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
  • Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
  • Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan
  • Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2013; atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2013 atau 2012; atau
  • Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
  • Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
Kategori Permohonan
Lepasan SPM/Setaraf 
Kategori permohonan untuk pemohon lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut: 
Kategori A • Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2014 sahaja. 
Kategori B • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2012 atau 2013.
Kategori C • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
Kategori D • Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2013 atau, SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2014. 
Lepasan STPM/Setaraf 
Kategori permohonan untuk pemohon lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:

STPM (Kategori A, S) Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM Tahun 2014 sahaja: 
Kategori A • Aliran Sastera Calon STPM 2014.
Kategori S • Aliran Sains Calon STPM 2014.
Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J)

Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM Sesi 2014/2015 seperti pecahan berikut: 
Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.

Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori E, F) 
Kategori E • Aliran Sastera.
Kategori F • Aliran Sains:
Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau,
Lulusan STP/ HSC/ STPM Tahun 2012 atau sebelumnya atau,
Lulusan STPM Ulangan atau,
Lulusan Matrikulasi Sesi 2013/2014 dan sebelumnya atau,
Lulusan STAM tahun 2011 dan sebelumnya atau,
Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil, Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bandar Penawar atau,
Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau,
Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

Lepasan STAM (Kategori T)
Kategori T • Pelajar Lepasan STAM tahun 2013 atau 2014 sahaja.
• Pemohon yang mempunyai taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui BPKP JPT.
• Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA.

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/