Monday, November 04, 2013

Salam Maal Hijrah 1435H bersamaan 5 November 2013


"Didalam peredaran waktu dan putaran siang dan malam adalah tanda akan semakin hampirnya kehidupan ini kepada penghujungnya. Marilah kita berazam di tahun baru ini untuk berbekal dengan ketaatan di dunia yang tidak lama akan berakhir, demi menikmati alam yang tiada mempunyai akhiran"

Alhamdulillah sedar tidak sedar, kita telah memasuki tahun baru 1435 Hijrah. Sudahkah kita bersedia untuk berhadapan dengan tahun-tahun yang mendatang?

Hijrah adalah satu peristiwa besar yang sangat signifikan dalam perjuangan Rasulullah (S.A.W) dan sewajarnya ianya difahami dan dijadikan sebagai pengajaran kita bersama. Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah kali ini saya mengajak semua agar kita menghayati sepenuhnya semangat penghijrahan ini dan saling bekerjasama dan bermuafakat membuat perubahan kepada yang lebih baik dan memajukan diri demi memartabatkan maruah bangsa, negara dan ummah sejagat.

Bersempena dengan ketibaan 1 Muharram 1435 Hijrah bersamaan 5 November 2013 ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua terutamanya yang beragama Islam.
Salam Maal Hijrah 1435H!

Program sempena Maal Hijrah







http://ahmadfaizar.blogspot.com/2009/12/selamat-menyambut-maal-hijrah-1431.html

http://ahmadfaizar.blogspot.com/2010/12/salam-maal-hijrah-1432h-bersamaan-7.html

http://ahmadfaizar.blogspot.com/2012/11/salam-maal-hijrah-1434.html

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/