Tarikh : 22 September 2012 (Sabtu)
Jam : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Rumah Penyayang Bestari (Anak Yatim/Miskin), Kg. Sg. Buaya,
Banting, Selangor DE
Program ini akan turut disertai oleh:
CSR Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM,
Pejabat ADUN Morib, Kelab Kebajikan Bendahari;
NGO - WAK JAWA CAFE (WJC Bikers Club),
NGO – Mahasiswa PERKASA Selangor,
Kenny Rogers Sdn Bhd, AGhaffur’s Murtabak, Enterprise, TV3.
AturCara Program:
07:45 pagi:
Peserta CSR berkumpul di Kolej Seroja
08:00 pagi
Bertolak ke Rumah Penyayang Bestari
09:00 pagi
Ketibaan Peserta-peserta CSR
- Minum Pagi (Dewan Makan)
- Suaikenal dan
- Taklimat Gotong Royong
09.30 pagi
Aktiviti CSR bermula
- Gotong Royong Persekitaran
- Menaiktaraf Pusat Sumber
- LDK Motivasi Anak-Anak Rumah Penyayang
- Fun Ride bersama WJC & ABCM
11:15 pagi
Ketibaan Tetamu Kehormat
11:30 tgh
Pelancaran Program dan Penyerahan Sumbangan
01:00 ptg
Makan Tengah hari
02:00 ptg
Bersurai
Objektif Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) : TAUTAN KASIH ini adalah:
a) untuk menjalankan tanggungjawab PPUiTM terhadap UiTM sebagai institut pengajian tinggi yang prihatin terhadap keperluan komuniti setempat;
b) membina imej PPUiTM yang dinamik dan prihatin;
c) mewujudkan rasa kesedaran serta tanggungjawab sosial dalam kalangan ahli PPUiTM untuk membantu masyarakat setempat secara sukarela; dan
d) meraikan dan memberi sumbangan kepada kumpulan sasaran.
Sebelum ini PPUiTM telah mempelawa semua Ahli Persatuan yang sudi untuk memberi sumbangan ikhlas dan sedekah amal jariah (berupa wang tunai/bahan kering makanan/buku-buku rujukan sekolah/peralatan sekolah/pakaian baru/terpakai dan sebagainya) bagi menjayakan program ini.
Rujuk blog sebelum ini
http://ppuitm.uitm.edu.my/categoryblog/74-sumbangan-ikhlas-untuk-program-csrtautan-kasih-rumah-penyayang-bestari.html http://ppuitmsa.blogspot.com/2012/08/sumbangan-ikhlas-untuk-program.html
0 comments:
Post a Comment