Wednesday, September 19, 2012

Perpustakaan UiTM telah merangkul dua anugerah di Konvensyen KIK Perpustakaan SeMalaysia kali ke-4, 2012

20120919tatiniumjohanpengurusan

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perpustakaan UiTM telah merangkul dua anugerah di Konvensyen KIK Perpustakaan SeMalaysia kali ke-4,  2012 yang berlangsung di Hotel Permai, Kuala Terengganu, dari 18 hingga 19 September 2012.

Wantatinium
20120919hadiahkiktitanium

Anugerah Pertama bagi Katergori Pengurusan telah dimenangi oleh KIK Titanium dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR),Shah Alam dengan membawa pulang Piala dan wang berjumlah RM 3,000  Sementara KIK Paradigma dari Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan telah merangkul anugerah Penyampai Terbaik.

Lebih dari 10 kumpulan telah menyertai KIK antaranya Titanium, Paradigma, Spektrum, C-FAR, KL LIB, R.E.A.D, WAVE ICQ,  Tuah, Vitalize, X-Tra Ordinary, 5K, Intelek 2.0, Q-LIB, Smart Layer, Bibliotera, Elite 10 dan Lentera.

Program Konvesyen bermula pada 18 September (Selasa) jam 9 pagi didahului dengan ucapan oleh Pengerusi Majlis pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia, sebelum ucapan perasmian oleh Dato’ Ahmad Razif.
Sesipenyampaianhadiah
Sementara majlis penutup pula berlangsung pada 19 September (Rabu) jam 8.15 malam dengan ucapan penutup oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu(Pengurusan) merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Dato’ Haji Wan Ahmad Muda.
 
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan diakhiri dengan acara makan malam sebelum melabuh tirai oleh persembahan lagu-lagu Tradisional Terengganu.
Dewanjamuankik
Kumpulanspektrum
Senarai penerima Anugerah adalah seperti berikut:

KATEGORI PENGURUSAN :
Pertama Kumpulan Titanium dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR),Shah Alam
Kedua    Kumpulan 5K dari Perpustakaan Sultan Zanariah UiTM, Skudai
Ketiga     Kumpulan Vitalize dari Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia

KATEGORI TEKNIKAL:
Pertama Kumpulan Smart Layer dari Perbandanan Perpustakaan Awam Terengganu
Kedua    Kumpulan Tuah dari Perbandanan Perpustakaan Awam Perak
Ketiga     Kumpulan C-FAR dari Perpustakaan Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia

KATEGORI KHAS :
MOST CREATIVE TEAM Kumpulan Intelek 2.0 dari Perpustakaan Majlis Perbandaran Subang Jaya
PENYAMAPAI TERBAIK Kumpulan Paradigma dari Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan

http://library.uitm.edu.my/inovasi/index.php?option=com_content&view=article&id=90:perpustakaan-uitm-telah-merangkul-dua-anugerah-di-konvensyen-kik-perpustakaan-semalaysia-kali-ke-4-2012&catid=38:event



0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/