Kewujudan RFC dalam industri makanan segera sebenarnya adalah untuk memberikan alternatif kepada syarikat yang sedia ada. Menggunakan slogan Segar, Organik dan Berkhasiat membawa maksud bahan mentah yang disediakan datang dalam bentuk segar dari ladang, boleh mengekalkan kesegarannya dalam jangka masa panjang. Organik bermaksud amalan memberikan makanan kepada sumber utama juadah di RFC, iaitu ayam organik dari sumber alami dan bebas daripada unsur-unsur bahan kimia yang memudaratkan. Begitu juga dengan sumber lain yang ditanam dengan kaedah ladang organik dan ditarbiah dengan ayat suci Al Quran. Berkhasiat bermaksud herba yang diadun sebagai bahan utama untuk menggoreng ayam dirumus menggunakan bahan alami yang mempunyai nilai kesihatan yang baik demi mempromosikan makanan dan minuman yang baik dan sesuai sebagai sumber tenaga seharian
Tiga buah cawangan telah dan akan dibina iaitu di Shah Alam, Sungai Buloh, Bandar Baru Bangi dan berkemungkin Gombak dalam masa terdekat
RFC di Seksyen 7 Shah Alam telah bermula 20/02/2012 beralamat di:
Radix Fried Chicken Sdn Bhd, 2 Jalan Kristal J7/J, Seksyen 740000 Shah Alam
Namun pembukaan Perasmian RFC Shah Alam adalah pada hari ini 22 Februari 2012 jam 4 petang.
Maklumat terkini di:
Twitter: http://twitter.com/#!/RadixFC
Facebook: http://www.facebook.com/RadixFriedChicken
http://www.facebook.com/pages/RFC-Radix-Fried-Chicken/134100246608746
Google+: https://plus.google.com/104876115124196281082
http://duniaherbahpa.com/category/radix-fried-chicken/
0 comments:
Post a Comment