Tuesday, May 10, 2011

Mei 2011 Harga Gula pulak naik lagi ...




Adoi, baru je minggu lepas harga minyak naik, minggu ni harga gula pula. Minggu depan harga barang apa pula mau naik ni? :)

Kalau tiap-tiap minggu harga barang naik macam mana nak hidup ni. Ya, hidup boleh tapi ibarat kais pagi makan Kais pagi makan chicken chop. Kais petang, makan chicken chop (iklan baru KFC..) haaa..jgn makan kaki ayam aje sudah le..



Harga gula naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa 10 Mei 2011.

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.

Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.

Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu. -mk
Reactions:

1 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/