Saturday, October 30, 2010

Juara Gadis Melayu Musim Ke-3 - Rina atau Norazrina Mohd Salleh


Setelah calon-calon Ikon Gadis Melayu 3 (GM3) melalui pelbagai proses pembelajaran dan cabaran fizikal dan kerohanian dalam membentuk nilai-nilai kemelayuan yang kian pupus ditelan zaman, kini tiba masanya untuk menjawab teka-teki siapakah yang paling layak untuk memegang gelaran Ikon Gadis Melayu Musim Ketiga.

Rancangan realiti ini telah pun menemui penonton TV9 pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam sejak 27 Ogos 2010 yang lalu dan kini, peringkat akhir GM3 pula akan bersiaran telah di siarkan secara langsung pada 29 Oktober 2010  (Jumaat) selama dua jam dari Auditorium MBSA mulai jam 8.30 malam tadi.




Pada malam peringkat akhir Gadis Melayu 3, pengacaranya iaitu Ashraf Muslim  telah digandingkan bersama pengacara spontan dan bersahaja, Sharifah Shahirah.






Rina atau Norazrina Mohd Salleh,25 akhirnya dinobatkan sebagai juara Gadis Melayu musim ke-3 TV3. Difahamkan Rina juga seorang blogger yang menjual kelengkapan tudung dan berasal dari Subang Jaya, Selangor. Rina berjaya membawa pulang hadiah berjumlah RM160,000 berupa wang tunai RM30,000, set mutiara Rafflesia RM120,000, barangan jenama Singer RM10,000, trofi Sirih Junjung Gadis Melayu sumbangan ZRA Glocal dan jambangan bunga dari Creative Creative Gift.

Sedikit info mengenai beliau:
Nama Penuh : Norazrina bt. Mohd Salleh 
Nama Panggilan : Rina
Tarikh Lahir : 20 April 1985
Asal : Subang Jaya, Selangor
Adik-beradik : Anak ke-2 dari 3 beradik
Status : Usahawan
Warna kegemaran : Putih
Ciri-ciri peribadi : Berani, tidak mudah putus asa, dan tabah
Hobi :Membaca, melayari internet, dan menulis
Cita-cita :Usahawan berjaya
Bakat :Menulis dan berniaga


Tempat kedua Gadi Melayu Musim ke-3 dimenangi Nur Diana Zainuddin (Diana), 19, dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, barangan Singer bernilai RM7,000 dan jambangan bunga.

Tempat ketiga dimenangi oleh Fatheen Nabila Ghazali (Fatheen), 24, yang memenangi wang tunai RM1,000, barangan Singer RM5,000 dan jambangan bunga.

Tahniah buat pemenang Gadis Melayu musim ke-3

http://www.tv9.com.my/shows/lifestyle/Gadis_Melayu_S3.html


Reactions:

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/