Saturday, July 25, 2009



Pada tahun ini, Pesta Buku Selangor 2009 diadakan pada 24 Julai hingga 3 Ogos 2009.





Tarikh :- 24 Julai sehingga 3 Ogos 2009


Tempat :- PKNS, Shah Alam


Waktu :- 10.00 pagi hingga 9.00 malam.




Pesta Buku Selangor kali ini telah menjangkau usia 4 tahun dan kini berstatus sebagai Pesta Buku kedua yang paling berjaya di Malaysia selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.





Pesta Buku ini dianjurakan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Swasta, NGO dan kerjasama Media. Diantara yang terlibat ialah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS), Jabatan Agama Islam Selangor, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (BTPN), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor FM, PTS Millennia, Karangkraf, Sinar Harian, Selangor fm, e-Media & Celcom





Pihak penganjur Pesta Buku Negeri Selangor 2009 meletakkan sasaran pengunjung yang melebihi jumlah pengunjung tahun lepas. Berdasarkan statistik kehadiran pengunjung tahun 2006 sebanyak 50,000 orang, tahun 2007 sebanyak 93,000 orang dan yang terakhir pada 2008 adalah seramai 262,370 orang pengunjung.



Pada tahun ini, Pesta Buku Negeri Selangor 2009 mensasarkan seramai 400,000 orang pengunjung. Dengan jumlah gerai sebanyak 106 daripada 55 pempamer, dirasakan sasaran ini adalah praktikal. Pempamer daripada penerbit terkenal seperti PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., Alaf 21 Sdn. Bhd., Al-Ameen Serve, Jemari Seni, Karangkraf dan ramai lagi pasti menjadi tarikan untuk para pengunjung tahun ini.





Saya sempat melawat pada 25 Julai 2009 (Sabtu) secara solo dan 1 Ogos 2009 (Sabtu) bersama keluarga dan membeli apa-apa yang patut untuk anak-anak dan nampak meriah, mungkin hujung minggu.

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/