Friday, June 17, 2022

Digital Library Chit Chat Series : eSPORTS

 

Digital Library Chit Chat Siries ke 4 pada kali ini membawa tajuk eSports. Program telah diadakan pada 17 Jun 2022 bersamaan hari Jumaat bermula jam 9.00 sehingga 10.30 pagi. Platform YouTube Perpustakaan UiTM telah digunakan. Penceramah pada kali ini ialah Encik Muhammad Nufail Akram bin Mat Nasir, Jawatankuasa MYTA eSports Tournament 3.0 dan moderator  ialah Tn. Haji Ahmad Faizar bin Jaafar.   

 

 
 

Program pada kali ini merupakan salah satu program PTAR ESPORT CHALLENGE WEEK 13-19 Jun 2022. Program PTAR ESPORT CHALLENGE WEEK julung kali dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak yang dijadualkan berlangsung sepanjang 13 Jun - 19 Jun 2022. Tujuan program adalah untuk mempromosikan ruang santai dan eSports peranti serta konsol permainan elektronik (PS4) di samping menarik warga universiti berkunjung ke perpustakaan. Objektif PTAR ESPORT CHALLANGE WEEK adalah:

i. Memberi pengalaman awal kepada PTAR untuk menyediakan platform eSport 

ii. Meningkatkan ketampakan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan.

iii. Mengadakan kaloborasi antara PTAR, Komunity Kampus seperti Kelab Pelajar MYTA dan Fakulti

Gambar disekitar program Digital Library Chit Chat Siries ke 4:

 
 
 
 
 
 
 

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/