Tuesday, March 31, 2020

Free Data 1GB -Data Mudah Alih Percuma 1GB hingga PKP berakhir


Kerajaan telah memperkenalkan Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN yang salah satu daripadanya adalah menyediakan perkhidmatan internet percuma selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (KPP)

"Antara inisiatif yang ditawarkan adalah Internet percuma bernilai RM600 juta dari April sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir," kata SKMM sambil menambah bahawa langkah itu termasuk internet berkelajuan tinggi percuma 1GB sehari oleh pascabayar serta prabayar Celcom, Digi, Maxis, dan U Mobile.

Pelanggan pascabayar dan prabayar empat syarikat telekomunikasi utama negara akan diperuntukkan internet berkelajuan tinggi secara percuma, dengan kuota satu gigabait (GB) sehari, mulai 1 April ini sehingga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan pemberian kuota secara percuma untuk pelanggan syarikat telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis serta U Mobile itu adalah untuk digunakan antara jam 8 pagi hingga jam 6 petang.

“Panggilan percuma juga diberikan kepada pelanggan untuk menghubungi talian hotline Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Ringkasnya Cara Memohon 1GB Internet Percuma Yang Diumumkan Kerajaan Selama Tempoh PKP bermula 1 April 2020

8 pagi hingga 6 petang setiap hari

1. CELCOM
  - automatik terus masuk 

2. DIGI
   - tebus data ini melalui aplikasi MyDigi

3. MAXIS
  - tebus melalui aplikasi sama ada MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED app, atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option

4. UMOBILE
   - Prepaid - Dail *118*6# kemudian pilih Special Offer

Postpaid - Dail *118*7# kemudian pilih Special Offer

5. ONEXOX
  - tebus/redeem" melalui aplikasi ONEXOX Black atau
 USSD *150#.

6. TUNE TALK
- hantar mesej taip STAYHOME dan hantar ke 2222


-----------------------


Untuk Maxis Mobile

Penebusan data boleh dibuat menerusi tiga aplikasi berbeza Maxis bergantung kepada talian mudah alih yang digunakan.

Aplikasi MyMaxis – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
Aplikasi MyMaxis Biz – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
Aplikasi Hotlink RED – Klik banner utama –>  pilih “Free 1GB/ Day Pass”. Anda juga boleh aktifkan data ini menerusi  tab ‘Shop’
maklumat lanjut
https://www.maxis.com.my/campaigns/stay-home-stay-connected/ 

-----------------------

Untuk UMobile 
penebusan hanya perlu dilakukan sekali sahaja dan akan diterima secara automatik sehingga tempoh PKP tamat. Pengguna boleh menyemak baki kuota dengan mendail 1186# untuk prabayar atau 1187# untuk pascabayar. Untuk penebusan, sila dail :

*118*6*7# untuk pengguna prabayar
*118*7*6# untuk pengguna pascabayar
maklumat lajut
https://www.u.com.my/support/selfhelp/faqs/64/5458

-----------------------

Untuk Celcom Mobile
Celcom tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia akan tersedia secara automatik di dalam akaun setiap hari. 

Internet percuma hanya boleh digunakan untuk kegunaan domestik sahaja. Pelanggan boleh menyemak baki kuota data ini menerusi aplikasi Celcom Life atau mendail nombor di bawah,

*118*1*1*2# untuk pengguna prabayar
*118# untuk pengguna pascabayar
maklumat lanjut 
https://www.celcom.com.my/support/faq/personal#personal-shop-covid-19-support


-----------------------

Untuk pengguna Digi Mobile
Pengguna Digi akan memperoleh data 1GB percuma bermula 8 pagi hingga 6 petang bermula 20 Mac hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kelak. Ianya ditawarkan kepada pengguna postpaid, prepaid dan juga postpaid broadband. Anda perlu tebus data ini melalui aplikasi MyDigi

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.digi.com.my/shop/digi-cares

-----------------------


sumber  BERNAMA
https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1826703


#covid19 #pkp #mco #stayhome #dudukrumah 
Reactions:

4 comments:

edwardpitt said...
This comment has been removed by the author.
monyet said...

AJOQQ agen jud! poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

edwardpitt said...

Looking for Kaspersky helpline support uk, visit on: Kaspersky helpline support uk

Tect Tech Support said...

Looking for Kaspersky Antivirus Support, visit on: Kaspersky Antivirus Support

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/