Sunday, September 15, 2019

DIAMOND , GOLD & SILVER AT IIDEX2019 INVENTION, INNOVATION & DESIGN EXPOSITION


Alhamdulilah dari dua projek inovasi yang saya sertai dalam (IIDEX) 2019 kali ini , inovasi WeGBY CHAIR  telah menerima Anugerah SPECIAL AWARD - DIAMOND  & GOLD  manakala inovasi RDMS (Reference Desk Management System ) mendapat anugerah SILVER

Inovasi WeGBY CHAIR adalah idea Nadiah Bt Mohd Fauzi,Nur Iffah Imanina Bt Mohd Zulfikri,  Nurul Annissa Nathasha Bt Junaid dibantu oleh En. Mohamad Ghazali Bin Masuri dan saya  Ahmad Faizar Bin Jaafar,

Invention, Innovation & Design Exposition (IIDEX) 2019 kali ini telah memasuki tahun ke-15 yang dianjurkan Institut Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (IRMI) Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan telah mendapat penyertaan dari kampus cawangan UiTM, universiti swasta serta sekolah.  

IIDEX 2019 kali ini mempunyai jumlah peserta pameran tertinggi dengan lebih daripada 600 pasukan yang mempamerkan pelbagai inovasi, penemuan, prototaip dan reka bentuk berdasarkan penyelidikan. Ia telah diiadakan dari 10-15 September 2019 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA (UiTM), IIDEX 2019 bertujuan untuk meningkatkan keterlihatan institusi dalam aktiviti berkaitan penyelidikan dan inovasi serta untuk mempromosikan produk yang berpotensi untuk dikomersialkan.








0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/