Wednesday, March 28, 2018

Majlis Perasmian Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah IR 4.0 Negeri Melaka


Pada 28 Mac 2018 yang lalu saya telah berpeluang ke Majlis Perasmian Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah IR 4.0 Negeri Melaka yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Md. Rawi Bin Mahmud, Timbalan EXCO Pelajaran Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Hijau dan Inovasi Kerajaan Negeri Melaka mewakili YAB Datuk Seri Utama Ir. Ts. Hj. Idris bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka. Foto saya diatas tu semasa Tayangan Multimedia - Gimik Perasmian Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah IR 4.0 :)  kerana saya juga telah diminta untuk memberi ceramah pada hari ke 3  dengan tajuk Pengunaan Sumber Teknologi dan ICT di Pusat Sumber  http://ahmadfaizar.blogspot.com/2018/03/pembentangan-penggunaan-sumber_29.html



Bengkel ini dianjurkan selama 4 hari bermula pada 27 Mac hingga 30 Mac 2018 sempena program CSR: Ilmu Mengubah Destini (IMD) PTAR 2018 anjuran Perpustakakan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam, Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka bertempat di Hotel Avillion Legacy, Melaka.

Bengkel tersebut telah dihadiri seramai 114 orang cikgu dari sekolah-sekolah rendah dan menengah di sekitar Negeri Melaka. Antara objektif bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan berkaitan pentadbiran Pusat Sumber Sekolah yang cemerlang menjurus ke arah IR 4.0, pengajaran berkaitan penggunaan teknologi ICT dalam memperolehi sumber maklumat dalam persekitaran Pusat Sumber Sekolah dan menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat ilmu dengan koleksi yang mantap dan diurus dengan baik dan cemerlang.



Turut hadir sama meraikan majlis ialah YBrs. Tuan Haji Mohd Rashid Hj Mohd Sidek, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, YBrs. Encik Noor Hidayat Adnan, Ketua Pustakawan, Perpustakaan UiTM, YBrs. Tuan Haji Nor Hashim Haji Hassan, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka, YBrs. Encik Zulkifli Hj Ismail, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, UiTM (Pengerusi Bersama), YBrs. Puan Rozaimah Mat Sidek, Timbalan Ketua Pustakawan Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka (Pengerusi Bersama) dan Dr Sharmila Mohamed Shuhidin, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM.





Berikut antara  aturcara Bengkel Tersebut


Hari Pertama (27/03/2018) Selasa
Taklimat Pengerusi Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah telah disampaikan oleh En Zulkifli Hj Ismail, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, merangkap Pengerusi, CSR : IMD PTAR 2018 https://bit.ly/2pHNh94 
http://imdptar.blogspot.my/2018/03/hari-pertama-pendaftaran-peserta.html
Hari Pertama (27/03/2018) Selasa
Ceramah 1 : Pusat Sumber Sekolah Abad ke-21 Oleh : Encik Zaidi bin Jaafar Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPN Melaka


Hari Kedua (28/03/2018) Rabu
Ceramah 2 : Persediaan Pusat Sumber Sekolah menghadapi IR 4.0 Oleh : Dr. Shamila Mohamed Shuhidan Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM
http://imdptar.blogspot.my/2018/03/ceramah-persediaan-pusat-sumber-sekolah.html



Hari Kedua (28/03/2018) Rabu
Majlis Perasmian Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah IR 4.0
http://imdptar.blogspot.my/2018/03/majlis-perasmian-bengkel-pengurusan.html


Hari Ketiga (29/03/2018) Khamis
Bengkel 1: Asas Pengkatalogan : Pengenalan kepada pengkatalogan dan pengkelasan
Bengkel 2 : Kaedah Pengkatalogan Deskriptif
Bengkel 3: Pencarian Subjek menggunakan Sear List Of Subject Headings (SLSH)
Bengkel 4: Pengkelasan Perpustakaan : Dewey Decimal Classification (DDC) / Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey

semua bengkel disampaikan oleh Prof. Madya Hamidah binti Hj. A. Rahman, Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM
http://imdptar.blogspot.my/2018/03/foto-hari-kedua-sekitar-ceramah-dan.html
Hari Ketiga (29/03/2018) Khamis
Ceramah 3 :
Pengunaan Sumber Teknologi dan ICT di Pusat Sumber Oleh : Tuan Haji Ahmad Faizar bin Jaafar Pustakawan Kanan PTAR
http://ahmadfaizar.blogspot.com/2018/03/pembentangan-penggunaan-sumber_29.html
Hari Keempat (30/03/2018) Jumaat
Bengkel 5: Pengenalan kepada Sistem Pengurusan Pusat Sumber Oleh : Tuan haji Azizi Jantan Timbalan Ketua Pustakawan PTAR
Bengkel 5: Pengenalan kepada Sistem Pengurusan Pusat Sumber dan sesi soal jawab Oleh : Encik Izwan Salim Pustakawan Kanan PTAR
http://imdptar.blogspot.my/2018/03/bengkel-pengenalan-kepada-sistem.html



#imdptar #csrptar #uitm #libraryuitm #bppssmelaka #libraryUiTMCM  #btpnmelaka
 
like and follow us

https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/

https://perpustakaanuitm.blogspot.my/

https://www.youtube.com/user/perpustakaanuitm
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm
Reactions:

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/