Thursday, July 12, 2012

Konsert Salaam Sami Yusuf Ditunda Saat Akhir



Konsert Salaam yang melibatkan penyanyi  Sami Yusuf yang dijangka diadakan pada Sabtu, 14 Julai 2012 telah ditunda.


Dalam  satu kenyataan media yang diberikan kepada kami oleh pihak penganjur, Offshore Entertainment Production Sdn Bhd, konsert tersebut terpaksa ditunda disaat akhir diatas sebab yang tidak dapat dielakkan.


Menurut mereka lagi, para  pemegang tiket-tiket konsert boleh menebus semula tiket-tiket yang telah dibeli dari wakil rasmi agen tiket di www.airasiaredtix.com dalam masa EMPAT BELAS (14) hari daripada tarikh jadual konsert.


“ Pihak Pengurusan juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak media serta semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan promosi konsert ini” jelas mereka lagi.


Berikut adalah kenyataan rasmi daripada pihak penganjur, Offshore Entertainment Production Sdn Bhd:


NOTIS PENUNDAAN
KONSERT SALAAM SAMI YUSUF


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Konsert ‘Salaam’ Artis Sami Yusuf yang dijadualkan akan berlangsung pada hari Sabtu 14hb Julai 2012 jam 9.00 malam di Stadium Malawati, Shah Alam, Malaysia dengan ini ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.


Pihak kami dengan ini menasihatkan kepada pemegang tiket-tiket konsert untuk menebus semula tiket-tiket dari wakil rasmi agen tiket di www.airasiaredtix.com dalam masa EMPAT BELAS (14) hari daripada tarikh jadual konsert.


Pihak Pengurusan dengan ini ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh mana-mana pihak berhubung dengan penangguhan tersebut.
Pihak Pengurusan juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak media serta semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan promosi konsert ini .


Sekian, Terima Kasih


Pihak Pengurusan
OFFSHORE ENTERTAINMENT PRODUCTION SDN BHD


via http://mymalaysiaonestop.blogspot.com/2012/07/konsert-salaam-sami-yusuf-ditunda-saat.html

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/