Tuesday, March 06, 2012

Apple Bakal Memperkenalkan iPad Baru

Khabar-khabar angin di Internet mengatakan Apple akan melancarkan iPad baru pada 7 Mac nanti. Hari tersebut adalah jatuh pada hari Rabu, iaitu hari yang sama Apple memperkenalkan iPad 2 pada tahun 2011, malah Apple juga melancarkan iPad pertamanya pada hari Rabu 27 Januari 2010. Tarikh itu juga kena dengan ura-ura yang mengatakan Apple akan lancarkan tablet baru itu pada minggu pertama bulan Mac.




Kebanyakan pakar percaya iPad 3 akan didatangkan dengan ciri-ciri skrin resolusi tinggi (Retina) dan pemproses yang lebih laju (mungkin pemproses quad-core pertama Apple), serta juga penambahan memori dalaman. Tablet itu juga mungkin akan dipasarkan dengan harga bermula dari US$499 (RM1,515) dan ke atas. Mengikut ramalan oleh penganalis Wall Street, iPad 3 dijangka akan melonjakkan jualan tablet Apple kepada 11.3 juta untuk suku pertama, iaitu sehingga 140% daripada 4.7 juta unit yang syarikat itu jual dalam tempoh yang sama tahun lalu

What to expect in Apple's new iPad 


Apple perkenal tablet iPad  lebih murah?
TAIPEI 2 Mac - Apple Inc. dilapor bakal memperkenalkan komputer tablet iPad 2 yang lebih murah serta dua lagi model iPad 3 dalam satu majlis pelancaran pada minggu depan, jelas laman berita teknologi Taiwan.
Laman web DigiTimes yang beribu pejabat di Taiwan memetik satu sumber pembekal gajet itu sebagai berkata, Apple akan melancarkan dua model iPad 3 yang menawarkan kapasiti 16 gigabit (GB) dan 32 GB serta model iPad 2 dengan kapasiti 8 GB.
"Selain produk iPad 3, Apple juga akan memperkenalkan gajet iPad 2 kapasiti 8 GB dengan membenarkan tablet komputer peribadi (PC) itu menampung segmen berbeza dan melindunginya daripada tablet PC lain yang berasaskan program Windows 8," kata DigiTimes.
Jelas DigiTimes, dengan tempahan yang semakin banyak diterima, pengedaran iPad 3 pada suku pertama tahun ini dijangka meningkat dua kali ganda daripada anggaran asal.
Model iPad 3 yang akan dikeluarkan dijangka mempunyai panel skrin sebesar 9.7 inci definisi tinggi sepenuhnya QXGA dengan resolusi 2048x1536 (264dpi) serta dua lampu LED sebagai cahaya latar tablet tersebut.
Sementara itu, satu artikel berasingan di laman CNET menyatakan, gajet iPad 2 itu merupakan antara usaha Apple untuk mencabar tablet alternatif lain yang lebih murah dan popular seperti Amazon Kindle Fire atau Barnes & Noble Nook.
Katanya, Apple telah mengikut strategi sama pada tahun lalu apabila mereka mengeluarkan telefon pintar model iPhone 4S yang menawarkan kapasiti 8 GB pada harga AS$99 (RM296) dengan perjanjian selama dua tahun.
Telefon pintar iPhone 4 kapasiti 16 GB dan 32 GB dijual pada harga AS$199 (RM596) sebelum pengumuman itu dibuat.
"Dengan beberapa cabaran daripada tablet alternatif di pasaran, Apple terpaksa menawarkan iPad yang lebih murah kepada pembelinya.
"Jika syarikat itu mengikut model iPhone, mereka akan menawarkan gajet iPad 3 pada harga penuh dan gajet iPad 2 pada harga diskaun," ujarnya. - AGENSI
via
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0303&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm 

http://www.digitimes.com/news/a20111215PD209.html  

0 comments:

Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/